◉ HEADLINES

Bersatu gesa MCMC gugur pertuduhan terhadap pempengaruh

Menurut Bersatu denda RM10,000 ke atas video Menara KL tersebut menjejaskan kebebasan bersuara dan kepercayaan orang ramai terhadap institusi demokrasi

1:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mendenda pempengaruh media sosial Mohamad Shafiq Abdul Halim sebanyak RM10,000, menyifatkannya sebagai mengancam kebebasan bersuara.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi Biro Penerangan dan Perlembagaan Bersatu, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq menyifatkan denda itu sebagai tidak wajar dan bertentangan dengan prinsip kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Penalti itu dikenakan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang melarang penyebaran kandungan yang dianggap menyinggung dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Video kontroversi Shafiq—berjudul “Aset Bumiputera: Menara KL Tergadai Raya Ke-2”—mempersoalkan pengambilalihan pengurusan Menara Kuala Lumpur daripada syarikat milik penuh Bumiputera kepada entiti baharu yang dilaporkan hanya memegang 30% ekuiti Bumiputera.

Tindakan pengambil alihan ini juga dilihat dilakukan secara tergesa-gesa, bahkan dilaksanakan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, meskipun proses itu masih dibicarakan di Mahkamah.

Khaliq menekankan bahawa video itu hanya menimbulkan persoalan yang sah dan menyatakan kebimbangan—hak yang dilindungi di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Kami telah meneliti berulang kali hantaran video di aplikasi TikTok saudara Shafiq, yang bertajuk “Aset Bumiputera: Menara KL Tergadai Raya Ke 2″. Setelah meneliti kandungan video tersebut, kami mendapati ia merupakan satu lontaran persoalan dan kebimbangan seorang rakyat Malaysia berhubung isu penamatan kontrak pengurusan Menara Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau mengkritik bagaimana kerajaan yang mendakwa menjunjung prinsip keterbukaan dan reformasi boleh begitu mudah mengambil tindakan terhadap suara rakyat yang sekadar menyuarakan pandangan.

Sehubungan itu, Khaliq menggesa MCMC mengambil langkah yang adil dan menggugurkan pertuduhan ke atas Shafiq dengan segera, sekali gus memberi amaran kegagalan berbuat demikian akan terus menghakis keyakinan rakyat terhadap institusi yang ditugaskan untuk menjaga hak demokrasi. — 10 Mei 2025

Topics

 

◉ Hangat

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

◉ Related