HEADLINES

Keadaan negara: bila kita lebih tertarik dengan peranan ‘kecil’ MCMC – Zainul Arifin

Dikritik kerana terlalu lembut, atau terlalu keras, atau terlalu cepat, atau tidak melakukan apa-apa langsung, pendek kata tiada yang betul atau bagus apabila membabitkan MCMC

2:54 PM MYT

 

ADALAH malang apabila kewujudan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebahagian besar hanya ditakrif oleh peranannya berdepan kebodohan polis, kegilaan, berita palsu dan jenayah di alam siber.

Dek kerana itu, tidak ramai yang simpati. Sebaliknya ia dikritik hampir seluruh lapisan masyarakat. Umpama berjemaah, tidak kira siapa atau dari kecenderungan sosio-politik mana sekalipun – tenang, kawan, jangan terlalu terbawa-bawa dengan berita di internet!

Pun begitu, bila terkena batang hidung sendiri pantas pula individu mahupun kumpulan ini menghubungi MCMC. Sudah pasti MCMC tidak akan melayan hipokrasi yang mementingkan diri sendiri sebegini.

Bagi sesetengah pihak, MCMC adalah manifestasi Orwellian’s Big Brother; yang memerhatikan bunyi klik dan klak di papan kekunci kita.

Saya percaya orang di MCMC punya perkara lebih baik untuk dilakukan daripada berdepan kesulitan seperti itu, tetapi undang-undang menyatakan bahawa pada satu ketika apabila aduan dibuat, atau jika jabatan polis memintanya berbuat demikian, maka Suruhanjaya perlu terlibat.

Media sosial umpama dataran di bandar tempat kita berkongsi berita, gosip dan pembohongan, dan MCMC pula adalah pengadil yang menimbang perkara yang baik dan halal, perkara yang menyeronokkan, serta perkara yang berbahaya dan merosakkan.

Baru-baru ini pelawak, pempengaruh media sosial, penyampai radio, tokoh agama telah atau sedang merasakan sendiri padah undang-undang Suruhanjaya itu yang bertindak atas nama kebaikan, ketenteraman awam, keselamatan dan keharmonian.

Mereka dikatakan menyentuh isu yang mungkin menimbulkan kemarahan sesetengah pihak, namun bagi sesetengah yang lain, mereka sekadar mengangkat bahu. Dalam keadaan ini, kita merujuk kepada MCMC untuk melihat sama ada ia akan menetapkan undang-undang untuk pelanggaran, atau menawarkan banyak kelonggaran atas nama kebebasan bersuara.

Apabila tindakan diambil, MCMC dikritik kerana terlalu lembut, atau terlalu keras, atau terlalu cepat, atau tidak melakukan apa-apa langsung. Tiada yang betul atau bagus apabila membabitkan Suruhanjaya tersebut.

Seorang suspek disoal siasat oleh pegawai penguatkuasa MCMC berhubung dakwaan komen yang dikaitkan dengan 3R. – Gambar MCMC, 14 Mei 2025

MCMC juga perlu menjawab kepada pihak berkepentingan membabitkan orang awam, kepada industri dan orang di Putrajaya, yang kesemuanya mempunyai sudut pandang berbeza tentang perkara yang baik atau buruk untuk negara – ada yang percaya dengan falsafah ‘laissez faire’, ‘live and let live’, manakala yang lain inginkan pemantauan lebih tegas ke atas kandungan di alam siber.

Sudah tentu peranan MCMC adalah lebih dari sekadar berurusan dengan individu yang menganggap isu ‘panas’ sebagai sesuatu yang kelakar, licik atau comel, di mana percubaan mereka untuk bertindak sembrono mungkin tidak selalu tepat, sebaliknya menyebabkan kemarahan dan kegusaran.

Terdapat juga golongan perkauman, peminat bahan lucah, scammer, penjilat dan pelbagai lagi yang perlu dipantau, atau mungkin juga diambil tindakan.

Kemudian, terdapat pula kawasan kelabu membabitkan penyampai berita palsu, penipu, individu yang diupah untuk memanipulasi kandungan bagi mencetus kemarahan, yang mana sebahagiannya adalah muslihat politik kita sendiri. Bagaimanakah MCMC menjadi ‘polis’ kepada agenda politik begini?

Disebabkan peranan dan kuasanya berkait hal-hal digital, MCMC sering dipanggil untuk meredakan isu hangat yang dicetus sang ‘pembakar’ di internet, sesuatu yang sebenarnya agak mustahil.

Sebagai contoh, 3R – garis panduan di mana terdapat had ke atas perkara yang boleh diulas tentang kaum, agama dan raja. Tidak ada statut undang-undang yang jelas yang mentakrifkan apa itu 3R, tetapi jelas ia adalah satu perkara yang agak masuk akal – jika seseorang tersinggung dengan kandungan atau komen mengenai mana-mana daripada tiga perkara itu, dan pengertian itu dikongsi oleh ramai orang lain, maka seseorang itu boleh berada di ambang melanggar garis panduan 3R.

Selama menjalani kehidupan di Malaysia, kita tahu apa yang dimaksudkan dengan 3R. Mungkin kita akan cuba melakukan sesuatu yang sedikit melangkaui kebiasaan, dan di situlah MCMC diminta bertindak. Tapi pendekatannya juga masih bergantung pada keadaan, tiada apa yang saintifik atau empirikal tentang 3R.

Namun begitu, peranan ‘kecil’ MCMC ini lebih menjadi tajuk utama dan isu yang menarik perhatian ramai walhal ia berkhidmat untuk negara. Suruhanjaya inilah yang bertanggungjawab dan memberikan kesan lebih besar kepada pembangunan persekitaran serta infrastruktur digital negara untuk memperbaiki kehidupan kita dan menyokong perniagaan serta perdagangan.

Ia menyelia telekomunikasi dan industri digital, dari menara hinggalah kepada kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada kita. Dan jangan lupa perkhidmatan kurier terutamanya ketika e-dagang menjadi komponen penting dalam kehidupan seharian kita.

Namun, dek terlalu sibuk dengan kandungan yang menjengkelkan atau menyinggung perasaan kita terus alpa dengan tanggungjawab sebenar MCMC, dan akhirnya ia terpaksa berdepan pertempuran mustahil seperti kandungan yang direka untuk mengecewakan kita. – 14 Mei 2025

Wartawan veteran Datuk Zainul Arifin ialah Ketua Pegawai Eksekutif Big Boom Media yang menerbitkan Scoop

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related