HEADLINES

Perlis haramkan penjualan vape berkuat kuasa 1 Ogos

Mana-mana peniaga vape (di Perlis) perlu bersiap sedia untuk mencari perniagaan baharu, lesen dan operasi perniagaan mereka akan dihentikan (mulai 1 Ogos nanti)

4:45 PM MYT

 

KANGAR – Penjualan rokok elektronik atau vape diharamkan di negeri Perlis berkuat kuasa mulai 1 Ogos ini, kata Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli.

Beliau berkata keputusan itu dibuat berdasarkan larangan penggunaan vape yang diputuskan haram menerusi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengenai rokok elektronik itu pada 2022.

“(Sehubungan itu) mana-mana peniaga vape (di Perlis) kena siap sedia untuk cari perniagaan baharu, lesen dan operasi perniagaan mereka akan dihentikan (mulai 1 Ogos nanti),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Mohd Shukri berkata meskipun tidak dapat mengekang penggunaan vape sepenuhnya, namun beliau optimis dengan tindakan mengharamkan penjualan rokok elektronik itu untuk menyelamatkan anak-anak muda daripada terjebak dengan pengambilan vape.

Beliau berkata Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan melakukan operasi pemantauan dan penguatkuasaan terhadap premis-premis perniagaan yang menjual vape itu selepas 1 Ogos nanti.

Sementara itu Mohd Shukri berkata Tahun Melawat Perlis 2024-2025 akan dilanjutkan sehingga tahun depan untuk seiring dengan penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Jadi kita harap kehadiran pelancong-pelancong ke negeri Perlis akan bertambah dengan adanya serentak Tahun Melawat Malaysia tersebut, mudah-mudahan ia akan beri banyak manfaat kepada rakyat negeri Perlis.

“Saya menyeru rakyat Perlis untuk menerima kehadiran pelancong bagi meningkatkan taraf ekonomi dan santuni semua pelancong yang hadir ke Perlis dengan sempurna,” katanya yang turut memaklumkan kemasukan pelancong ke negeri itu tahun lepas mencapai sasaran iaitu kira-kira 3.5 juta orang.

Beliau berkata kerajaan negeri mungkin akan menambah program pelancongan baharu yang bersesuaian selain program sedia ada Tahun Melawat Perlis 2024-2025 itu dalam usaha menarik lebih ramai pelancong datang ke Perlis pada tahun depan. – 14 Mei, 2025

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Related