HEADLINES

Polis tembak mati 2 penyamun parcel, edar dadah di Nilai

Penjenayah berusia 40-an dan 20-an itu aktif dalam kes samun rumah, kilang serta tempat pengumpulan kurier di beberapa negeri termasuk Selangor, Negeri Sembilan dan Perak

8:21 AM MYT

 

NILAI – Polis menembak mati dua penjenayah lelaki dipercayai aktif kes samun dan pengedaran dadah, di tempat letak kereta sebuah kondominium, di sini pada 10 malam tadi.

Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Fadil Marsus berkata penjenayah berumur 40-an dan 20-an itu aktif dalam kes samun rumah, kilang serta tempat pengumpulan kurier di beberapa negeri termasuk Selangor, Negeri Sembilan dan Perak.

“Penjenayah berumur lingkungan 40 tahun ini ada 76 rekod jenayah narkotik dan keganasan manakala seorang lagi suspek mempunyai 11 rekod jenayah yang sama,” katanya kepada pemberita di ruang tempat letak kereta bangunan kondominium terbabit, yang turut dihadiri Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof di sini tengah malam ini.

Fadil berkata ketika kejadian, suspek melarikan diri menaiki kereta berwarna perak sebelum dipintas pihak polis dan berlakunya insiden tembak-menembak dan kenderaan polis terkena tembakan oleh suspek.

Beliau berkata bagaimanapun, tiada anggota yang cedera dan pihaknya turut mempercayai kumpulan ini ada kaitan dengan jenayah kekerasan di kontinjen negeri lain.

Fadil berkata dalam kejadian itu, polis juga menemukan dua pucuk pistol, iaitu pistol separa automatik dan revolver.

Beliau percaya kumpulan penjenayah ini terlibat dalam kes samun pusat kurier di Klang, Selangor kira-kira dua bulan lepas dan berdasarkan rekod, mereka juga terlibat dalam pergerakan kongsi gelap.

Menurutnya, polis sedang giat memburu saki-baki penjenayah daripada kumpulan yang sama menerusi beberapa lagi siri serbuan di beberapa unit kediaman di sekitar Selangor.

“Serbuan berkenaan melibatkan tangkapan dan rampasan dadah dengan perincian akan diberikan kemudian,” katanya.

Fadil berkata suspek dipercayai berpindah-randah dengan menyewa di kondominium di sini sebagai tempat persinggahan.

“Ada banyak lagi tempat lain … suspek dipercayai menyewa kenderaan jenis Toyota dan pendaftaran pun baru digunakan hari ini. Apa yang kita percaya, nombor pendaftaran kereta ditukar setiap dua hari,” katanya. – 16 Mei, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related