HEADLINES

Hilangnya nilai integriti pemanduan berhemah – Irmohizam Ibrahim

10:46 AM MYT

 

MINGGU lalu, kenderaan dipandu sahabat saya terlibat dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Seremban semasa dalam perjalanan ke Johor Bahru untuk menziarah ibunya yang dimasukkan ke hospital. 

Dia sempat berhenti daripada terlanggar sebuah kereta yang telah pun terlibat dalam kemalangan sebelum itu. Malangnya kereta dia pula dilanggar dari belakang selepas kenderaan terbabit dilanggar oleh sebuah kereta lain dari belakang. Tiada kemalangan jiwa. 

Pun begitu, kesan kemalangan lazimnya mendalam, dari segi emosi, dan sumber pelbagai yang akan terbazir. Masa pemandu, orang lain yang menggunakan lebuh raya, dan pegawai polis yang terpaksa meluangkan masa untuk menjalankan siasatan. Banyak masa berkualiti hilang begitu sahaja.

Sahabat saya itu berkongsi banyak persoalan timbul: mengapa keretanya boleh dilanggar sedangkan dia sendiri telah memperlahankan kelajuan dan sempat berhenti (memandu dengan berhemah) bagi mengelakkan sebarang kemalangan?

Dia memang fobia bila tengok dan terlibat dalam kemalangan. Pengalaman 30 tahun berulang. Dia menambah, jika dia boleh berhenti bagi mengelak daripada menghentam kereta di depannya, mengapa pemandu-pemandu lain di belakang hilang kawalan dan melanggar keretanya.

Apakah pemandu-pemandu pada hari ini sudah hilang fokus dan pedoman sebaik sahaja memegang stereng.

Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim. – Gambar X @irmohizam, 18 Mei, 2025

Saya pun berhadapan dengan situasi yang sama. Ramai pemandu seolah-olah menjadi “raja jalan”. Makin kereta. Tidak menghormati pemandu dan pengguna lain. Mereka beranggapan bahawa jalan raya dan lebuh raya adalah milik mereka, dan oleh itu, mereka tidak peduli orang ramai – hak dan keselamatan mereka. Maaf, saya terpaksa mengatakan realiti ini.

Tidak semua dalam kategori itu. Sebahagian pemandu seolah-olah tidak bertimbang rasa dan tidak bertolerasi. Seolah-olah mereka mahu “terbang” dan mahu tiba dengan cepat. Berapa banyak masa boleh berjimat jika memandu di luar had yang dibenarkan. 

Dalam kebanyakan kes, kemalangan berpunca daripada sikap pemandu individu yang kurang berhati-hati, kurang berfokus dan tidak menghormati undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Undang-undang satu hal. Tetapi di manakah tanggungjawab moral kita apabila memandu atau menunggang motosikal? Kedua-dua keutamaan undang-undang dan tanggungjawab morak perlu datang dan diamalkan seiringan.

Kemalangan berlaku tanpa diduga meskipun sebahagian besar pemandu memandu dengan berhati-hati dan penuh bertanggungjawab.

Selasa lalu, negara dikejutkan dengan kemalangan ngeri membabitkan sekumpulan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan.

Nahas itu membawa kita kepada tragedi yang sama lebih tiga dekad lalu, yang berlaku di Lebuh Raya Karak – 28 Februari 1990. Dalam tragedi hitam itu, seramai 11 anggota FRU daripada Trup 4B, Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur disahkan meninggal dunia.

Dalam tragedi Selasa lalu pula, sembilan anggota FRU maut selepas trak dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori yang membawa muatan batu.

Kemalangan lalu lintas, sama ada yang melibatkan kehilangan jiwa ataupun sebaliknya, tidak wajar berlaku. Setiap kemalangan akan mengakibatkan trauma dan gangguan emosi, sama ada yang bersifat jangka panjang ataupun jangka pendek. 

Oleh itu, setiap pemandu wajar mengelak daripada menjadi punca kemalangan atau terlibat dalam kemalangan. Ada pemandu yang mempunyai rekod kesalahan-kesalahan lain, termasuk jenayah. 

Situasi iti satu perkara serius. Ia membawa kepada pematuhan dan penguatkuasaan yang tegas.

Sebagaimana ditegaskan olej Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tragedi melibatkan trak dan lori yang membawa muatan batu, sehingga mengorbankan ramai anggota FRU tidak sewajarnya berlaku. 

Zahid menegaskan bahawa tragedi itu sepatutnya boleh dielakkan sekiranya lori terlibat menjalani pemeriksaan secara berkala dan ketat oleh Puspakom. Berdasarkan laporan media, Zahid juga dipetik berkata, siasatan awal mendapati lori yang terlibat mengalami kerosakan sistem stereng. 

Ia satu kegagalan yang tidak sepatutnya berlaku jika pemeriksaan kenderaan dilakukan mengikut piawaian. 

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke,  satu pasukan petugas khas akan ditubuhkan bagi menyiasat insiden kemalangan. Pasukan khas akan terdiri daripada pakar keselamatan serta wakil-wakil bebas.

A Perak Chemistry Department officer inspects the vehicle to collect evidence related to the crash involving a stone-laden lorry and an FRU truck that occurred last Tuesday. – Gambar Bernama, 18 Mei, 2025

Kemalangan ngeri di Teluk Intan hanya satu daripada insiden demi insiden menyentuh hati kita yang berlaku sejak kebalakangan. Sebenarnya kita gagal dan tidak menjadikan setiap kemalangan sebagai satu pengajaran jangka panjang yang amat penting. 

Kemalangan kecil dan besar terus berlaku. Tetap berlaku walaupun ada kempen cegah kemalangan dan penguatkuasaan. Kebanyakan kita berhadapan dengan kemalangan, ataupun sekurang-kurangnya menyaksikan kemalangan di depan mata ketika memandu. 

Kita hanya “insaf seketika” dan “menyalahkan” pemandu lain apabila menyaksikan kemalangan. Kita hanya ambil tahu untuk tempoh yang singkat, tidak lebih daripada 10 minit. Selepas itu, pengajaran segera itu hilang daripada ingatan. Kita menjadi sebahagian daripada pemandu yang tidak hormati undang-undang – memecut dan memandu laju.

Di mana kesilapannya? Adakah undang-undang kita lemah? Belum cukup tegas? Ada kekurangan? Atau kualiti pengajaran memandu perlu dipersoalkan? Kemungkinan mutu peperiksaan memandu juga perlu dikaji semula? Malah, kemalangan juga disebabakan oleh prasarana jalan raya dan lebuh raya yang tidak bermutu? Atau kesemua ini menjadi faktor kolektif.

Diharap pasukan petugas khas yang dibentuk akan menyediakan pendekatan penyelesaian secara holistik. Bukan sahaja memfokus tragedi Teluk Intan 13 Mei. Juga ada baiknya kita membentuk suruhanjaya khas bagi mengkaji kesemua aspek berkaitan kemalangan di seluruh negara. 

Kemukakan satu solusi yang menyeluruh untuk menoktahkan kemalangan, tidak kira di lebuh raya ataupun jalan raya. Kita perlu berhenti menuding jari, sebalik mencari penyelesaian yang menyeluruh. 

Kita ada banyak agensi dan pusat kajian mengenai kemalangan di seluruh negara dan di pelbagai peringkat. Kita perlu ada remedi holistik untuk jangka panjang. Semasa musim perayaan kemalangan dan kematian seolah-olah menjadi “menu” wajib yang tidak dapat dielakkan. 

Hampir setiap tahun beratus kematian dan ribuan kemalangan direkodkan. Dan, saban hari. Seolah-olah tidak boleh dielakkan dan ditangani sama sekali. Adakah tanggapan ini betul? Saya rasa tidak.

Kita ada pilihan untuk bebas kemalangan dan kematian disebabkan kemalangan. Cuma tidak ada kemahuan politik yang kukuh di peringkat penguat kuasa, dan juga dalam kalangan pemandu, dan rakyat jelata. Dalam memastikan bebas kemalangan, kita tidak boleh serahkan kepada agensi kawal selia semata-mata. Setiap pemandu adalah peranan. Kita perlu ada pematuhan gandingan dalam kalangan kesemua pemegang taruh. 

Diharap kerajaan akan datang dengan solusi komprehensif bagi memastikan ekosistem yang holistik dapat dibina demi kesejahteraan rakyat dan negara bagi mencapai sasaran mengurangkan kemalangan. 

Aspek ini wajar dijadikan komponen penting dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang sedang dirangka. RMK13 sepatutnya menjadi tempat bermulanya sasaran itu. – 18 Mei, 2025

Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim adalah pengarah urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) merangkap ahli lembaga pengarah World Trade Centre Associations beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat

Topics

 

Popular

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related