HEADLINES

Saya akan hadir Kongres PKR: Rafizi

'Malah esok pun saya akan hadir', kata Timbalan Presiden PKR itu selepas tidak mengesahkan kehadiran secara rasmi

5:47 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli membuat kemunculan mengejut pada saat akhir proses pengundian secara fizikal bagi pemilihan PKR, di sini, petang tadi.

Kehadiran Menteri Ekonomi itu kira-kira jam 4 petang tadi di pusat pengundian mencetuskan suasana sedikit kecoh apabila dikerumuni pengamal media yang ingin mendapatkan reaksinya.

Rafizi kemudiannya mengesahkan beliau akan menghadiri majlis perasmian Kongres Nasional PKR yang dijadualkan berlangsung malam ini, dan bakal disempurnakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya akan hadir, kenapa pula saya tidak mahu hadir? Malah esok pun saya akan hadir,” katanya ringkas menjawab pertanyaan media selepas selesai menunaikan tanggungjawab mengundi secara fizikal.

Terdahulu dalam sidang media lebih awal hari ini, Anwar optimis Rafizi akan menghadiri sesi perasmian Kongres Nasional dan ucapan Dasar Presiden yang dijadual berlangsung malam ini.

Beliau memaklumkan tidak menerima sebarang pengesahan rasmi daripada Rafizi mengenai kehadirannya namun sebagai Timbalan Presiden, Ahli Parlimen Pandan itu lazimnya hadir dalam acara-acara penting parti.

“Saya rasa beliau akan datang. Memang beliau tidak maklumkan secara langsung kepada saya, tetapi sebagai Timbalan Presiden, beliau biasanya hadir,” katanya. – 23 Mei, 2025

Topics

 

Hangat

Football for All? Not at this World Cup – T. Vignesh

The 2026 Fifa World Cup was supposed to be football's biggest celebration yet

[WATCH] Sabah’s progress held back by federal influence and weak local unity: Junz Wong

Warisan leader argues state’s resource wealth has not translated into progress, pointing to political fragmentation and comparisons with Sarawak’s stronger cohesion

Police rescue teenagers forced into online sex scam syndicate in Johor

Two minors and one man were rescued in Op Bugil as police uncover abuse, forced labour and extortion by syndicate active since November

Related