◉ HEADLINES

‘Terus berkhidmat kepada tanah air sepenuh jiwa, raga’ kata Nik Nazmi

Kami telah berjuang habis-habisan dan saya amat menghargai dedikasi pasukan saya sepanjang kempen ini, kata Ahli Parlimen Setiawangsa itu

12:02 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa ahli dan pemimpin parti untuk ketepi segala bentuk perbezaan dan menumpukan kepada agenda memartabat rakyat.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu yang tewas dalam saingan jawatan Naib Presiden PKR pada pemilihan parti semalam berkata, beliau akan terus berkhidmat kepada tanah air dengan sepenuh jiwa dan raga.

“Keputusan kali ini bukanlah apa yang seperti kami harapkan. Kami telah berjuang habis-habisan dan saya amat menghargai dedikasi pasukan saya sepanjang kempen ini.

“Kini tibalah masanya untuk kita mengetepikan segala perbezaan dan bersama-sama memastikan PKR keluar daripada ujian kuasa ini dengan idealismenya tetap utuh, membawa visi serta agenda untuk terus berkhidmat dan mengangkat martabat rakyat.

“Apa jua yang mendatang, saya akan terus berkhidmat kepada tanah air dengan sepenuh jiwa dan raga,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Keputusan rasmi diumumkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) malam tadi menyaksikan tiga penyandang kekal, menewaskan lapan lagi pencabar.

Selain Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari, turut menang bagi saingan jawatan itu adalah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang. – 24 Mei, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related