HEADLINES

Penyeludup lari, tinggal 44 kampit beras seludup dalam lori tepi jalan: Polis Marin

Komander PPM Wilayah Tiga berkata, ia cubaan menyeludup masuk 44 kampit beras Siam seberat 1.1 tan

8:54 AM MYT

 

KOTA BHARU – Menyedari dirinya diekori pihak berkuasa, seorang pemandu lori dipercayai penyeludup bertindak memecut kenderaan dipandunya dan cuba melarikan diri sebelum meninggalkannya di tepi jalan.

Lori jenis Hino itu dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan pegawai dan anggota Unit Risikan Marin (PPM) di Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh dalam Ops Taring Landai/Kontraban kira-kira jam 11 pagi semalam.

Komander PPM Wilayah Tiga, Zulafendy Hassan berkata lori berkenaan yang dalam cubaan menyeludup masuk 44 kampit beras Siam seberat 1.1 tan dalam operasi di Kampung Mahligai dekat Gunong, Bachok semalam, bertindak memecut lori sebelum memberhentikannya di bahu jalan Kampung Mahligai.

“Suspek kemudiannya melarikan diri ke kawasan semak berhampiran. Usaha mengejar suspek dijalankan, namun dia gagal ditemukan.

“Pemeriksaan terhadap lori berkenaan menemukan 44 kampit beras Siam, dipercayai diseludup dari negara jiran dengan anggaran berat 25 kilogram setiap kampit. Nilai keseluruhan termasuk lori berjumlah RM84,400,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Zulafendy berkata kesemua barangan dirampas telah dibawa ke Markas Operasi PPM Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor sebelum diserahkan kepada Jabatan Kawal Selia Padi dan Beras Negara, Cawangan Kota Bharu untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 20, Akta Padi dan Beras Negara 1994 kerana memiliki dan mengawal beras secara tidak sah yang boleh menimbulkan syak melakukan kesalahan,” katanya. – 26 Mei, 2025

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related