HEADLINES

JPP nafi perwakilan ‘boikot’ pemilihan PKR walaupun peratusan keluar mengundi rendah

'Ia bukan sesuatu yang pelik kerana sistem kita sememangnya membenarkan perwakilan memilih mana-mana jawatan atau tidak memilih langsung', kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa

12:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR menafikan berlaku sebarang tindakan ‘boikot’ oleh perwakilan semasa proses pemilihan yang berlangsung Jumaat lalu.

Bercakap kepada Scoop, Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, pindaan perlembagaan parti yang telah diluluskan pada 15 Disember tahun lalu telah menetapkan sistem perwakilan berkadar telah digunakan sebagai kaedah pemilihan pucuk pimpinan.

Beliau berkata, walaupun secara keseluruhan seramai 32,021 perwakilan layak mengundi bagi pemilihan Pusat, namun sebanyak 18,268 undi direkodkan iaitu 12,618 undi dalam talian dan 5,650 undi fizikal direkodakan, menjadikan kadar keluar mengundi sebanyak 57.05%.

“Bagi pemilihan jawatan Timbalan Presiden pula, sebanyak 13,669 undi telah diterima daripada 13,752 yang mengundi.

“Perbezaan 83 undi itu mungkin disebabkan sebahagian perwakilan tidak memilih calon bagi jawatan berkenaan.

“Ia bukan sesuatu yang pelik kerana sistem kita sememangnya membenarkan perwakilan memilih mana-mana jawatan atau tidak memilih langsung. Itu hak mereka,” katanya.

Beliau berkata, isu lebih separuh perwakilan tidak keluar mengundi juga perlu dilihat secara rasional.

“Peratusan sebanyak 57 peratus masih dilihat wajar dan munasabah dalam pemilihan organisasi, lebih-lebih lagi apabila proses tersebut dijalankan pada hari bekerja.

“Selepas proses pemilihan tamat jam 5 petang, dalam masa kira-kira setengah jam selepas itu, wakil setiap calon telah dipanggil untuk menyaksikan sendiri proses ekstraksi undi oleh juruaudit,” katanya.

Sementara itu veteran PKR yang juga Ahli Jawatankuasa JPP, R Sivarasa menjelaskan bagi pemilihan jawatan Timbalan Presiden, rujukan boleh dibuat kepada borang 14 dalam laman web parti yang menetapkan kuota 22,000 perwakilan layak mengundi dalam pemilihan bagi jawatan Timbalan Presiden.

“Turn out (perwakilan mengundi) lebih kurang 57%, memang tidak tinggi, tapi kita dah bagi peluang untuk mengundi, tapi kita tak boleh paksa mereka untuk undi.

“Memang ada yang kata agak rendah peratusan, tapi banding di peringkat Cabang, lebih tinggi sekitar purata 75% keluar mengundi,” katanya.

Beliau berkata, proses pemilihan dibuat secara telus dan tidak timbul isu adanya tindakan boikot oleh sesetengah perwakilan yang layak untuk mengundi.

“Untuk apa hendak boikot sebenarnya? Semua ada hak untuk memilih dan sepatutnya menggunakan peluang itu, jadi bila keputusan dikeluarkan, itu kena terimalah.

“Mungkin isu ‘boikot’ atau ‘tangan ghaib’ cuba dimainkan pihak yang mungkin kecewa apabila calon pilihan mereka tewas.

“Tapi hakikatnya saya tidak mendengar pun timbul gerakan untuk boikot pemilihan ini oleh perwakilan yang layak mengundi, mungkin yang tidak mahu mengundi itu ada sebab mereka sendiri,” katanya. – 27 Mei, 2025

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Govt to develop 102-acre Kota Madani in Putrajaya as model people-first city: PM

First phase to include 3,000 homes and high-rise school by 2027 under integrated urban plan 

Related