HEADLINES

Tengku Zafrul belum hantar permohonan, PKR ambil kira pandangan rakan Kerajaan Perpaduan: Fuziah

Setiausaha Agung parti berkata permohonan tersebut akan melalui ‘proses biasa’, dibentangkan dalam MPP, dan akan dipertimbangkan sewajarnya

10:14 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – PKR belum menerima sebarang permohonan keanggotaan rasmi daripada Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. 

Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, berkata, semua permohonan masuk PKR dilakukan melalui kaedah memohon secara dalam talian . 

“Permohonan akan melalui ‘proses biasa’, dan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP). 

“Permohonan tersebut akan dipertimbangkan sewajarnya sebelum keputusan dibuat dengan mengambil kira pelbagai sudut pandang, termasuk pandangan rakan-rakan dalam kerajaan perpaduan serta pendapat akar umbi,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Terdahulu Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menghantar surat peletakan jawatan dalam Umno untuk menyertai PKR. 

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu mengesahkan surat peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Ketua Umno Bahagian Kota Raja dan ahli Umno sudah pun diserahkan kepada pucuk pimpinan parti. 

Beliau juga mengesahkan sudah menyatakan hasrat untuk menyertai PKR kepada Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung, Dr Fuziah Salleh. 

“Keputusan ini bukan sebuah keputusan yang mudah. Sebelum membuat keputusan ini, saya sudah meminta nasihat dan pandangan dari sahabat-sahabat saya dari dalam dan luar parti termasuk dari Presiden sendiri. 

“Saya sudah mengambil masa yang agak panjang untuk memikirkan keputusan ini secara mendalam, terutamanya kerana UMNO adalah satu-satunya parti politik yang saya pernah sertai, sejak 1997 lagi. 

“Akhirnya, keputusan ini dibuat selepas bermuhasabah diri dan mengambil kira pelbagai faktor terutamanya faktor keserasian dan kesesuaian,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. 

Susulan itu Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Umno setakat ini belum menerima secara rasmi surat peletakan jawatan Zafrul. – 31 Mei, 2025 

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

RM950mil scrap metal tax evasion probe: MACC raids NationGate subsidiary

Electronics manufacturer says it is cooperating with authorities, taken steps to ensure operations remain unaffected after yesterday’s raid

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related