HEADLINES

Nurul Izzah, suami berangkat tunai haji

Timbalan Presiden PKR itu sebelum ini menyebut akan memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama dan hubungan antara ahli dalam parti sekembalinya dari menunaikan haji

10:15 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bersama suaminya, Yin Shao Loong berangkat menunaikan ibadah haji.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok Nurul Izzah’s Fans pagi ini, beliau dan suami ditemani ahli keluarga dan sahabat handai dilihat memanjat doa memohon keselamatan dan keberkatan sebelum berlepas.

@nurulizzah_fans

Ya Allah, jadikanlah ibadah hajinya sebagai haji yg mabrur, sa’inya sebagai usaha yg Engkau terima dan amalannya sebagai amalan soleh yg diterima. Aminn @n_izzah 🤲🏼😭 #nurulizzah #nurulizzahanwar #foryou #fypシ #foryoupage #foryoupageofficiall #viral #malaysia #fyppppppppppppppppppppppp #fypage #haji #hajj

♬ suara asli – sitiasiyah3205 – sitiasiyah3205

Dalam Kongres Nasional PKR yang berlangsung bulan lepas, Nurul Izzah ada menyatakan rancangannya untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Ia dinyatakan sebaik dinobat sebagai Timbalan Presiden PKR yang baharu selepas menewaskan penyandang, Datuk Seri Rafizi Ramli pada pemilihan parti 23 Mei lalu, lapor Berita Harian.

Menurut laporan selepas kembali daripada menunaikan ibadah haji, Nurul Izzah akan memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama dan hubungan antara ahli dalam parti.

Katanya, ia termasuk memberi fokus untuk melakukan reformasi dalaman bagi menumpukan sepenuh kekuatan jentera ke arah menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. – 3 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Related