HEADLINES

Dana penyelidikan jadi kekangan kumpul data kajian isu pengangkutan awam terutama di KL: Naib Canselor UPM

Kekangan dana untuk penyelidikan akan menyebabkan penyedik tidak mampu mencari data yang mencukupi, yang akhirnya menjejaskan kualiti penyelidikan tersebut

12:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kewangan menjadi kekangan bagi penyelidik di universiti-universiti tempatan untuk menjalankan kajian dan analtik berhubung isu melibatkan pengangkutan awam di negara ini terutama di Kuala Lumpur.

Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Datuk Prof Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, kekangan dana untuk penyelidikan akan menyebabkan penyedik tidak mampu mencari data yang mencukupi yang akhirnya menjejaskan kualiti penyelidikan tersebut.

Beliau juga memaklumkan, kajian kali terakhir yang paling komprehensif berhubung pemintaan pengangkutan bagi Kuala Lumpur adalah pada 1984.

Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Datuk Prof Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata sejak menjadi penyelidik hampir 30 tahun, isu mendapatkan data yang tepat sering menjadi masalah. – Gambar media sosial, 5 Jun, 2025

“Saya sudah menjadi penyelidik hampir 30 tahun dan data selalu menjadi masalah. Saya merasakan untuk membantu Prasarana dan Kementerian Pengangkutan, penyelidik di universiti dan juru runding boleh membantu.

“Tetapi kekangan kami selalunya data. Bila nak buat kajian pengangkutan awam, ia berada dalam dunia sebenar dan perlu cari data dan selalu melibatkan kos tinggi. Kekangan dana penyelidikan menyebabkan kita tidak mampu cari data mencukupi.

“Ini merugikan kerana keupayaan universiti-universiti kita yang sudah sampai ke satu tahap di mana kita sudah boleh membantu dalam mendapatkan data bagi membantu menangani isu-isu melibatkan pengangkutan awam,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada Forum Ilmuwan Malaysia Madani Siri 6 bertajuk Pengangkutan Untuk Rakyat: Mengimbangi Antara Kemampuan Rakyat, Kualiti dan Kemampanan Pengangkutan Awam di Menara Prasarana, malam tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi moderator dengan ahli panel lain termasuk Menteri Pengangkutan Anthony Loke serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad Mohd Azharuddin Mat Sah.

Antara kajian dan analitik bagi menangani isu pengangkutan awam yang dibentangkan oleh Ahmad Farhan ialah bagi mencari data melibatkan antaranya penawaran dan teknologi, infrastruktur, keselamatan dan sekuriti, operator serta kemampanan.

Selain isu data yang masih menjadi masalah, Ahmad Farhan memberitahu, Revolusi Industri 4.0 (4IR) dan Kecerdasan Buatan (AI) sepatutnya digunakan sepenuhnya manakala pendekatan data terbuka perlu dipromosikan. – 5 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

Related