HEADLINES

Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia selepas sempurnakan wukuf

Jumlah kematian jemaah haji Malaysia bagi musim haji 1446H/2025M setakat ini meningkat kepada sembilan orang

2:34 PM MYT

 

MAKKAH – Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci selepas menyempurnakan ibadah wukuf di Arafah, menjadikan jumlah kematian jemaah haji Malaysia bagi musim haji 1446H/2025M meningkat kepada sembilan orang, setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata Allahyarham Syed Baharom Syed Hussin, 72, meninggal dunia di Hospital Mina Al Wadee pada 4.53 pagi waktu tempatan, akibat serangan jantung.

“Allahyarham yang berasal dari Alor Setar, Kedah sebelum itu telah menerima rawatan akibat serangan jantung di Khemah Mina sebelum dibawa ke hospital,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurut beliau Lembaga Tabung Haji (TH) telah menghubungi waris Allahyarham dan akan mengurus sepenuhnya segala keperluan berkaitan pengurusan jenazah serta kebajikan jemaah yang terlibat.

Mohd Na’im bersama seluruh barisan pengurusan tertinggi TH turut merakamkan ucapan takziah kepada waris dan ahli keluarga Allahyarham, serta mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan segala amal ibadahnya diterima Allah SWT.

Beliau turut memaklumkan TH akan terus memantau tahap kesihatan semua jemaah haji Malaysia sepanjang berada di Tanah Suci.

“Saya ingin menasihati para jemaah agar sentiasa menjaga kesihatan, mematuhi segala arahan petugas, serta tidak memaksa diri dalam melaksanakan ibadah yang memerlukan kekuatan fizikal seperti melontar jamrah, khususnya dalam keadaan cuaca panas yang ekstrem,” katanya. – 8 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

Related