◉ HEADLINES

Nahas trak FRU: Tiada tali pinggang keledar di tempat duduk depan, kabin belakang

Laporan awal Kementerian Pengangkutan berkata ketika perlanggaran berlaku ketiadaan elemen keselamatan pasif itu dipercayai meningkatkan risiko kecederaan serius secara signifikan terhadap penumpang di bahagian terbabit

9:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan mendapati, tempat duduk jenis bangku di bahagian kabin belakang trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang terbabit dalam nahas di Teluk Intan, Perak didapati tidak dilengkapi dengan sistem kekangan seperti tali pinggang keledar.

Laporan siasatan turut mendapati tiada petunjuk kewujudan kemudahan tali pinggang keledar di tempat duduk hadapan, termasuk di bahagian pemandu dan penumpang hadapan trak FRU.

Dalam laporan awal nahas yang diterbitkan kementerian itu hari ini, berkata ketika perlanggaran berlaku ketiadaan elemen keselamatan pasif itu dipercayai meningkatkan risiko kecederaan serius secara signifikan terhadap penumpang di bahagian terbabit.

Jelas kenyataan itu, berdasarkan maklumat siasatan, ketika impak berlaku sebahagian besar penumpang dipercayai tercampak ke bahagian hadapan kabin belakang, khususnya ke sisi hadapan kiri kabin.

“Keadaan ini mengakibatkan pelbagai hentaman sekunder, termasuk pelanggaran antara penumpang serta dengan permukaan dalaman kabin, menyumbang kepada tahap kecederaan parah dalam kalangan penumpang.

“Mekanisma kecederaan ini turut diburukkan dengan kehadiran objek tidak diikat di dalam kabin yang berpotensi menjadi projektil sekunder semasa pelanggaran.

“Gabungan ketiadaan sistem kekangan dan kewujudan objek tidak diikat ini dipercayai menjadi faktor penyumbang utama kepada kadar kecederaan parah dan kematian yang tinggi dalam insiden ini,” katanya, lapor Berita Harian.

“Ia adalah risiko keselamatan ketara kepada pemandu dan penumpang kenderaan. Justeru, aspek ini disyorkan untuk diberi perhatian serius dan keutamaan bagi memastikan tahap keselamatan lebih tinggi bagi pengguna kenderaan jenis ini,” jelas laporan itu.

Dalam kejadian pada 13 Mei lalu, trak FRU membawa 18 anggota dari Unit 5 Sungai Senam terbabit dalam kemalangan ketika perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai bertugas sempena sambutan perayaan Chitrapournami.

Lapan anggota terbunuh di tempat kejadian, seorang lagi meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Teluk Intan manakala sembilan lagi cedera selepas trak terbabit dilanggar lori berkenaan. – 12 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

◉ Related