HEADLINES

Budaya ‘punggah’ kekayaan oleh tokoh politik, ahli korporat perlu dihentikan: PM

Anwar turut mengumumkan peruntukan RM30 juta kepada wartawan, iaitu peruntukan terbesar yang pernah diberikan selepas merdeka

1:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berminat untuk memenjarakan individu tertentu yang terbabit rasuah sebaliknya lebih kepada usaha bagi mendapatkan semua wang terbabit bagi memanfaatkan rakyat.

Menurut Perdana Menteri, budaya memunggah kekayaan negara oleh tokoh politik dan ahli korporat seharusnya dihentikan.

“Bagaimana negara mengizinkan puluhan bilion dipunggah oleh beberapa orang tokoh politik dan koporat dan kemudian begitu sahaja dilupakan, di mana pengajarannya, apa makna kuasa.

“Saya bukan minat nak penjarakan orang, saya nak rampas balik wang itu supaya kembali kepada rakyat.

“Ini minat saya, dan saya nak hentikan budaya ini dan memang saya tahu yang dicari itu hanya hal-hal titik bengik yang boleh mengasingkan dan meminggirkan isu pokok.

“Negara ini hanya akan selamat kalau kita selesaikan masalah pokok, soal pengurusan kewangan negara, baru kita boleh bicara tentang peruntukan tambahan, naikkan mutu sekolah,” katanya berucap pada Sambutan Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2025, di sini hari ini.

Bertemakan ‘Kewartawanan Era Baharu: Keseimbangan AI dan Etika’ ia menghimpunkan lebih 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara, terutama rantau Asean.

Pada majlis berkenaan, Anwar memberitahu, kerajaan bersetuju memperuntukkan RM30 juta bagi membantu organisasi media di negara ini untuk melaksanakan transformasi digital dan penggunaan baharu dalam penghasilan kandungan.

Beliau berkata, ia bagi memastikan dunia kewartawanan tidak jauh ketinggalan khususnya bagi wartawan muda.

“Saya bincang dengan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang sangat kuat sokong saudara, saya setuju untuk beri peruntukan satu dana yang besar bantu organisasi bagi media dan negara.

“Kerajaan peruntukankan sumbangan RM30 juta kepada wartawan. Ini peruntukan terbesar sejak selepas merdeka pernah diberi kepada wartawan.

“Umumnya apa juga cara transformasi digital berlaku dengan bantuan dana, kerja dengan latihan dan pendedahan kepada wartawan terutama yang muda supaya kita pastikan dunia kewartawan tidak ketinggalan dalam usaha mengejar perubahan AI disamping menjamin keseimbangan” katanya. – 14 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related