HEADLINES

Akta Majlis Media Malaysia berkuat kuasa hari ini : Fahmi

Penguatkuasaan Akta Majlis Media Malaysia akan menjadi satu reformasi paling besar dalam membantu pengamal media

2:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Akta Majlis Media Malaysia akan mula berkuat kuasa hari ini bersempena dengan Hari Wartawan Nasional, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, penguatkuasaan akta itu menjadi satu reformasi paling besar dalam membantu pengamal media di negara ini.

“Akta Majlis Media Malaysia mula berkuatkuasa 14 Jun 2025 bersempena dengan Hari Wartawan Nasional (Hawana). 

“Kita pilih secara simbolik untuk mewartakan dan menguatkuasakan Akta Majlis Media Malaysia sempena Hawana 2025.

“.. dan kita percaya ini adalah salah satu reformasi yang paling besar dan kita harap paling bermakna buat rakan media.

“Dengan adanya Majlis Media Malaysia banyak daripada perkara yang mungkin selama ini ingin disuarakan oleh rakan  media dan mereka mempunyai satu wacana yang bermakna,” katanya pada sidang media selepas Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini. 

Sementara itu, Fahmi turut memaklumkan yang beliau akan mengadakan pertemuan dengan 12 anggota Lembaga Pengelola MMM dalam masa terdekat bagi membantu proses membangunkan majlis berkenaan.

“Insya-Allah dalam masa terdekat saya akan menjemput 12 orang yang telah dinamakan tadi untuk satu perbincangan membantu mereka dalam proses untuk mereka membangunkan Majlis Media Malaysia.

“Saya berharap MMM akan menjadi satu wacana yang bermakna dan akan terus beroperasi tidak kira siapa yang menjadi kerajaan nanti,” katanya.

Terdahulu, Fahmi berkata, Lembaga Pengasas Majlis Media Malaysia (MMM) telah dimuktamadkan dengan dianggotai 12 individu.

Beliau berkata,  Lembaga Pengasas itu terdiri daripada empat wakil bagi setiap kategori, iaitu kategori syarikat media, kategori persatuan media, pengamal media dan pengamal media bebas serta kategori ahli bukan media. – 14 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

We never ask for personal user data from telcos under MPD initiative: MCMC

Deputy managing director explains that all mobile data is anonymised at the telco level, with no names, IC numbers or addresses ever collected or stored by the commission

FAM dismisses talk of Nacho Mendez joining Harimau Malaya

FAM says it is not pursuing any process involving Mendez and has dismissed speculation linking the Spanish-born player to Harimau Malaya

Related