HEADLINES

Bekas Presiden MIC, G. Palanivel, meninggal dunia

Beliau meninggal dunia pada jam 8 pagi tadi

10:30 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel, 76, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pagi tadi.

Bernama yang memetik Naib Presiden MIC, Datuk T. Murugiah melaporkan, beliau meninggal dunia pada jam 8 pagi tadi.

Mendiang dilahirkan pada 1 Mac 1949 di Pulau Pinang dan memulakan kerjaya sebagai Pegawai Penyelidik di Muzium Negara menerusi Projek Lembah Bujang pada 1973 sebelum menyertai Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai wartawan kanan pada April 1977.

Beliau dilantik sebagai sebagai penyunting bagi berita dalam negeri dan ekonomi agensi berita itu pada 1984 sebelum dipinjamkan sebagai setiausaha akhbar kepada Menteri Kerja Raya Tun S. Samy Vellu dari 1987 hingga 1990.

Palanivel aktif dalam politik menerusi MIC sejak awal 1970-an dan mula bertanding pada Pilihan Raya Umum pada 1990.

Beliau memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada Pilihan Raya Umum 1990.

Palanivel kekal sebagai wakil rakyat di kawasan itu selama empat penggal berturut-turut sebelum tewas pada 2008.

Palanivel kembali ke Parlimen pada 2013 sebagai wakil rakyat bagi kawasan Cameron Highlands. – 17 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Malaysian fighter pilots push boundaries beyond US Navy peers, says ex-American aviator

While America uses both defensive and offensive stances, Malaysia focuses primarily on the defensive

Related