HEADLINES

Bekas pengarah kewangan PBT direman, disyaki salah guna dana RM50 juta buat pelaburan saham

Suspek dipercayai melantik isterinya yang bekerja di sebuah bank sebagai ejen pelaburan saham menggunakan dana awam

3:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas pengarah jabatan kewangan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Melaka direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasa dengan melaburkan dana PBT berjumlah kira-kira RM50 juta dalam pasaran saham.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret N. Sivashangari terhadap lelaki berusia 57 tahun itu, berkuat kuasa hari ini hingga Isnin ini.

Suspek dilaporkan ditahan kira-kira 1 tengah hari ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka, lapor Bernama.

Menurut sumber, suspek dipercayai melakukan perbuatan itu antara tahun 2020 hingga 2023 dengan melantik isterinya yang bekerja di sebuah bank sebagai ejen pelaburan bagi tujuan pelaburan saham menggunakan dana awam.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menggunakan dana wang awam dan wang amanah itu tanpa kelulusan pegawai pengawal kewangan.

Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – 17 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

10 filem patriotik pasukan beruniform tanah air ini wajib ditonton!

Harus diakui bahawa Malaysia masih lagi kekurangan filem-filem bergenre kenegaraan yang mampu membangkitkan semangat nasionalisme dan jiwa patriostisme rakyat terhadap negara yang berjaya bebas dari cengkaman penjajah sejak 66 tahun lalu

Related