HEADLINES

Peluasan SST ‘menghukum’ perniagaan yang berkembang’ : 6 persatuan desak tangguh hingga ekonomi stabil

Bagi PKS dengan margin keuntungan yang tipis, struktur cukai ini tidak mampan dan bersifat regresif

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan ‘menghukum’ perniagaan yang berkembang, membesar atau melabur dalam premis komersial sewa selain mewujudkan keadaan yang tidak kondusif untuk pelaburan semula.

Perkara berkenaan ditegaskan oleh enam persatuan mewakili puluhan ribu perniagaan dan jutaan pekerja di Malaysia iaitu Persatuan PKS Malaysia (SME Malaysia), Persatuan Rantaian Runcit Malaysia (MRCA), Persatuan Peruncit Malaysia (MRA), Pertubuhan Peruncit Bumiputera Malaysia (BRO), Persatuan Pusat Membeli Belah Malaysia (PPKM) dan Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA).

Justeru, enam persatuan itu mendesak kerajaan untuk menangguh dan menilai semula laluan SST semasa, khususnya komponen sewaan dan penyewaan, yang berpotensi mencetuskan inflasi, menggugat kelangsungan perniagaan dan memberi tekanan kepada rakyat.

Dalam kenyataan bersama, gabungan itu menyatakan, bagi PKS dengan margin keuntungan yang tipis, struktur cukai ini tidak mampan dan bersifat regresif.

“Ia ‘menghukum’ perniagaan yang berkembang, membesarkan atau melabur dalam premis komersial sewa, dan mewujudkan keadaan yang tidak kondusif untuk pelaburan semula dan penciptaan pekerjaan.

“Kekurangan ketelusan dalam lapisan cukai SST menyukarkan perniagaan meramal kos, menetapkan harga berdaya saing atau menarik pelaburan asing.

“Pengalaman Malaysia dengan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) sebelum ini, walaupun bukan tanpa kekurangan, menawarkan rangka cukai yang lebih menyeluruh dan terstruktur berbanding SST.

“Ia membenarkan kredit cukai input dan meningkatkan kecekapan pentadbiran cukai,’’ katanya dalam kenyataan.

Menurut komuniti perniagaan yang mewakili jutaan pekerja di seluruh negara, ia bersedia menyokong matlamat fiskal negara, namun mesti dicapai melalui dasar yang adil, praktikal dan inklusif, – Gambar hiasan Pixabay, 17 Jun, 2025

Sebelum ini Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kerajaan akan memperluaskan skop SST mulai 1 Julai ini untuk meliputi lebih banyak barangan dan perkhidmatan.

Walaupun cukai jualan sifar % ke atas barang keperluan akan dikekalkan, barangan bukan keperluan akan dikenakan cukai antara lima dan 10 %.
.
Menurut kenyataan berkenaan, banyak syarikat tempatan dan antarabangsa menuntut pemulihan GST melalui reformasi, bukannya bergantung kepada model SST regresif yang mengekang daya saing dan pertumbuhan.

Apa yang lebih membimbangkan, langkah ini memberi isyarat yang salah kepada pelabur tempatan dan asing, menimbulkan keraguan mengenai konsistensi dasar dan komitmen kerajaan dalam mewujudkan persekitaran mesra perniagaan.

Gabungan persatuan itu juga menjelaskan ia tidak menentang prerogatif kerajaan untuk mengekalkan SST atau mempertimbangkan pelaksanaan GST pada masa depan.

Bagaimanapun, mereka dengan tegas mendesak kerajaan mengambil serius terhadap kesukaran yang dihadapi oleh perniagaan terutama dalam tempoh ekonomi yang mencabar ini.

“Adalah penting setiap polisi atau pelarasan cukai digubal dengan berperikemanusiaan dan berprinsipkan realisme — supaya ia tidak menambah beban kepada perniagaan yang sudah pun terhimpit.

“Kami memohon pendekatan yang lebih rundingan dan rumusan rangka cukai yang menyokong pemulihan ekonomi, memupuk kelestarian perniagaan dan memperkukuh daya saing jangka panjang Malaysia,’’ katanya. – 18 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Related