◉ HEADLINES

PM umum jawatankuasa bersama kementerian tangani kenaikan kos penjagaan kesihatan

Penubuhan jawatankuasa bersama kementerian melibatkan MoF dan KKM adalah untuk memastikan penjagaan kesihatan berkualiti mampu milik untuk rakyat Malaysia

6:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan penubuhan jawatankuasa bersama kementerian untuk menangani peningkatan kos penjagaan kesihatan yang kini menjadi salah satu cabaran utama yang menjejaskan kehidupan rakyat.

Beliau berkata jawatankuasa yang terdiri daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan dan Bank Negara Malaysia (BNM) itu akan bekerjasama untuk memastikan penjagaan kesihatan yang berkualiti, mampu dimiliki dan boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia.

“Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, penjagaan kesihatan swasta semakin sukar didapatkan kerana kos perubatan yang semakin meningkat. Ini bukan semata-mata kebimbangan ekonomi. Ia adalah soal kesejahteraan negara,” kata beliau menerusi ucaptama pada Simposium Sasana 2025, di sini, hari ini

Anwar berkata negara perlu bersedia untuk melakukan anjakan asas ke arah sistem penjagaan kesihatan swasta berasaskan nilai yang mengutamakan hasil, ketelusan dan kesaksamaan.

“Pembaharuan utama termasuk penetapan harga yang lebih jelas, penjagaan kesihatan digital yang lebih kukuh dan akses yang diperluaskan melalui pilihan mampu milik seperti produk insurans perubatan berasaskan sejagat.

“Sekali lagi ditekankan matlamat kita adalah untuk menjadikan penjagaan kesihatan sebagai tonggak daya tahan negara…Kita bukan membicarakan tentang pelarasan kecil atau anjakan paradigma kecil,” kata beliau.

Anwar menegaskan bahawa usaha reformasi kerajaan bukan hanya sekadar di permukaan tetapi usaha struktur yang berpandukan belas kasihan, dasar yang kukuh dan keperluan untuk rakyat.

“Insha-Allah, Saya secara peribadi akan melihat pembaharuan ini dilaksanakan” kata beliau. – 17 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FAM dismisses talk of Nacho Mendez joining Harimau Malaya

FAM says it is not pursuing any process involving Mendez and has dismissed speculation linking the Spanish-born player to Harimau Malaya

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related