HEADLINES

Ibu mentua Hamzah Zainudin maut dalam kebakaran di Ipoh

Bapa mentua bersama empat ahli keluarga lain berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan, kata polis

9:32 AM MYT

 

IPOH – Rumah dipercayai milik keluarga mentua ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin di Kampung Sungai Rapat Tambahan di sini terbabit dalam kebakaran malam tadi.

Kejadian itu meragut nyawa ibu mentuanya, Salmiah Nyakk Matt, 84, manakala bapa mentuanya, Datuk Abdul Ghani Ngah, 83, mengalami kesukaran bernafas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sayani Saidon, yang terlibat dalam operasi menyelamat, mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kebakaran berlaku pada jam 9.19 malam di sebuah kediaman dua tingkat yang terletak di Jalan Raja Abdullah.

Beliau berkata, perkhidmatan kecemasan dimaklumkan melalui panggilan MERS 999, mendorong tindak balas pantas daripada pihak polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak.

“Siasatan awal bersama pasukan unit forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan kebakaran itu melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang didiami enam sekeluarga.

“Mangsa seorang lelaki berusia 83 tahun berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh manakala mangsa kedua wanita berumur 84 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Empat ahli keluarga lain berumur 18 hingga 49 tahun berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya, memetik laporan Bernama.

Abang Zainal Abidin berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menentukan punca kebakaran.

“Kes ini telah diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR),” katanya.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat dan mendapatkan khidmat polis dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ipoh di talian 05-2542222. – 20 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related