HEADLINES

Keputusan DNAA Najib tunjukkan pendakwaan dilakukan tergesa-gesa : Umno Kedah

Shaifol Hazizy berkata keputusan itu juga menunjukkan kes itu tidak melalui proses siasatan serta penelitian yang menyeluruh

1:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Najib Razak daripada tiga tuduhan pengubahan wang haram dana syarikat pelaburan strategik, SRC International Sdn Bhd berjumlah RM27 juta hari ini menunjukkan pendakwaan yang dikenakan sebelum ini dilakukan secara tergesa-gesa.

Ketua Penerangan Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, keputusan itu juga menunjukkan kes itu tidak melalui proses siasatan serta penelitian yang menyeluruh.

“Ia memberi gambaran kukuh bahawa unsur tekanan politik dan campur tangan luar mungkin telah mempengaruhi proses pendakwaan, sekali gus mencetuskan persoalan besar terhadap integriti sistem keadilan jenayah negara,”.

“Umno Kedah tetap teguh dengan keyakinan bahawa institusi kehakiman di negara ini masih berdiri bebas dan berintegriti. Namun demikian, sudah tiba masanya reformasi sistemik dilaksanakan secara menyeluruh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penambahbaikan segera perlu dilakukan dalam sistem perundangan.

“Khususnya dalam aspek semak dan imbang, peningkatan kebertanggungjawaban pihak pendakwaan, serta pengukuhan perlindungan undang-undang terhadap individu daripada pendakwaan bersifat politik atau bermotifkan dendam (malicious prosecution).

“Langkah-langkah ini penting bagi memastikan prinsip rule of law bukan sekadar menjadi retorik, tetapi benar-benar diamalkan secara telus, adil dan konsisten, demi memelihara kewibawaan institusi kehakiman serta keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan negara,” katanya.

Shaiful Hazizy berkata, keputusan hari ini adalah satu kemenangan moral yang jelas, bukan sahaja kepada Umno tetapi kepada seluruh rakyat yang menghargai prinsip keadilan.

“Ia mengesahkan bahawa pendirian Umno dalam mempertahankan hak dan kebenaran adalah berasas. Kami tidak akan goyah dengan tekanan atau persepsi luar.

“Sebaliknya, Umno akan terus memimpin usaha memastikan keadilan ditegakkan secara tuntas dan sistem perundangan negara tidak disalahgunakan untuk tujuan politik.

“Umno Kedah menyeru agar proses keadilan terus ditegakkan secara menyeluruh, telus dan bebas daripada campur tangan mana-mana pihak,” katanya.

Terdahalu, Mahkamah Tinggi di sini, hari ini melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Najib Razak daripada tiga tuduhan pengubahan wang haram dana syarikat pelaburan strategik, SRC International Sdn Bhd berjumlah RM27 juta.

Hakim Mahkamah Tinggi, K Muniandy, membuat keputusan membenarkan permohonan Najib minggu lalu untuk mendapatkan DNAA selepas mendapati tempoh masa yang tidak menentu dan tidak pasti yang menyebabkan bekas perdana menteri itu terpaksa berdepan pertuduhan tanpa sebarang penyelesaian. – 20 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Brunei’s DPMM FC returns as invited team for 2025–26 Super League season

MFL confirms DPMM FC’s participation with FIFA approval as 14 clubs line up for new season under stricter financial rules

Related