◉ HEADLINES

‘Saya tak nak masuk campur, isu soal hakim, peguam negara’ kata Anwar mengenai keputusan DNAA Najib

Menurut Anwar, beliau tidak akan campur tangan dan ia melibatkan soal hakim dan peguam negara

3:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan campur tangan dalam urusan kehakiman susulan keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta.

“Saya tak nak masuk campur, itu soal (kuasa) hakim…itu soal peguam negara,” katanya ringkas kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Seri Aman, di Puchong, di sini.

Terdahulu, Hakim K Muniandy membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Najib, 72, untuk dilepas tanpa dibebaskan.

Perintah DNAA (lepas tanpa bebas) bermaksud tertuduh dilepaskan daripada pertuduhan sementara namun boleh didakwa semula sekiranya pihak pendakwaan memilih untuk mengemukakan pertuduhan pada masa hadapan.

Pada 3 Februari 2019, bekas Perdana Menteri itu didakwa atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya, di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.

Beliau didakwa melakukan kesalahan berkenaan di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan, pada 8 Julai 2014.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Muniandy berkata kes terhadap Najib telah tergantung selama enam tahun sejak 2019 tanpa sebarang keterangan saksi dikemukakan, hanya mengalami beberapa penangguhan sekali gus menunjukkan bahawa pihak pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan.

Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International.

Beliau menerima pengampunan pada Januari tahun lalu dan kini sedang menjalani hukuman penjara yang dikurangkan kepada enam tahun. – 20 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related