HEADLINES

Kes tembak Brickfields: Lima ditahan bantu siasatan

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, berkata semua dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan diambil

1:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lima orang ditahan setakat ini bagi membantu siasatan kes tembakan di Brickfields yang menyebabkan seorang maut manakala dua lagi cedera dalam kejadian pada 13 Jun lalu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, berkata semua mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan diambil.

“Tangkapan dibuat ke atas lima individu pada 16 Jun lalu di sekitar ibu negara.

“Selepas keterangan diambil, mereka dibebaskan dengan jaminan.

“Bagi kes di Cheras, belum ada tangkapan dilakukan dan kita giat usaha sedang dijalankan untuk mengenal pasti suspek,” katanya kepada BH, hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kedua-dua kejadian dipercayai berpunca daripada pertembungan antara kumpulan yang aktif dalam kegiatan kongsi gelap.

“Berdasarkan semakan ke atas kedua-dua mangsa, siasatan menjurus kepada konflik antara kumpulan yang mempunyai latar belakang berkaitan aktiviti berkenaan.

“Kami sedang meneruskan siasatan terhadap semua individu yang dikenal pasti bagi membantu siasatan,” katanya, lapor BH.

Beliau berkata, setakat ini seramai 18 saksi sudah dipanggil bagi kes di Brickfields, manakala 20 individu dirakam percakapan dalam kes di Cheras.

Jenayah membabitkan tembakan semakin berleluasa di mana bulan ini sahaja tiga kes dilaporkan berlaku di sekitar Lembah Klang.

Kes pertama berlaku pada 13 Jun lalu di Brickfields. Dalam kejadian itu, tiga lelaki warga tempatan berumur lingkungan 30 hingga 50 tahun sedang makan bersama beberapa rakan di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, sebelum dihampiri dua lelaki menaiki motosikal yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka.

Seorang daripada mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tembakan, manakala dua lagi mangsa menerima rawatan di PPUM.

Menurut laporan Scoop, Polis telah melancarkan gerakan memburu dua individu bertopeng dipercayai terlibat dalam insiden tembakan maut di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, pada malam Jumaat itu.

Manakala pada Selasa, dua lelaki maut selepas dipercayai ditembak sekumpulan individu di luar pekarangan sebuah kompleks beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, sekitar awal pagi.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 12.15 tengah malam ketika kedua-dua mangsa dilaporkan sedang menuju ke arah kereta yang diparkir di perkarangan pusat beli-belah berkenaan.

Dalam kes ketiga pada 20 Jun lalu, seorang lelaki tempatan maut akibat ditembak di hadapan sebuah kedai motosikal di Lorong Mahang 1, Taman Meru Utama, Meru, Klang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti suspek dan motif kejadian. – 22 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related