HEADLINES

Pecah amanah RM8 juta: Perbicaraan Vivy Yusof, suami bermula 13 April 2026

Hakim berkata, perbicaraan kes itu akan berlangsung selama 15 hari dan mahkamah menetapkan sebutan kes seterusnya pada 27 Oktober ini

12:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 13 April tahun depan sebagai tarikh mula biacara kes pecah amanah dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta membabitkan pengasas FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar.

Hakim Rosli Ahmad menetapkan 15 hari perbicaraan, bermula 13 hingga 17 April, 18 hingga 22 Mei dan 8 hingga 12 Jun 2026, selepas dipersetujui Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan peguam M Athimulan yang mewakili pasangan itu.

“Perbicaraan kes itu akan berlangsung selama 15 hari dan mahkamah menetapkan sebutan kes seterusnya pada 27 Oktober ini,” kata Rosli, memetik laporan BH.

Wan Shaharuddin berkata sebanyak 26 saksi pendakwaan akan dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah.

Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof dan suami, masing-masing berumur 37 tahun tidak hadir ke mahkamah hari ini kerana kehadiran dikecualikan.

Pada 5 Disember tahun lalu, Vivy dan Fadzarudin mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta.

Mereka didakwa dengan niat bersama sebagai Pengarah FashionValet Sdn Bhd melakukan pecah amanah ke atas dana pelaburan Khazanah dan PNB yang diamanahkan kepada mereka dengan membuat pembayaran berjumlah RM8 juta daripada akaun bank milik syarikat FashionValet Sdn Bhd kepada syarikat 30 Maple Sdn Bhd tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah syarikat FashionValet.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, 36-40 Medan Setia 2, Plaza Damansara Bukit Damansara di sini, pada 21 Ogos 2018.

Pasangan suami isteri itu dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun serta dengan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Mereka juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu dengan niat bersama secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik FashionValet Sdn Bhd iaitu dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta, di lokasi dan tarikh sama.

Pasangan itu dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebat dan hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – 23 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related