HEADLINES

Bacaan doa, Yasin buka tirai 1447 Hijrah

Tepat 7.25 malam, doa penutup tahun 1446 Hijrah dibacakan, disusuli azan maghrib dan bacaan doa awal tahun dengan bacaan doa dipimpin Imam Besar Ehsan Mohd Hosni

9:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lebih 1,000 jemaah menghadiri Majlis Bacaan Doa Akhir dan Awal Tahun sempena ketibaan 1 Muharam 1447 Hijrah di Masjid Negara di sini hari ini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee turut menyertai majlis.

Tepat 7.25 malam, doa penutup tahun 1446 Hijrah dibacakan, disusuli azan maghrib dan bacaan doa awal tahun dengan bacaan doa dipimpin Imam Besar Ehsan Mohd Hosni.

Selepas solat maghrib, majlis diteruskan dengan bacaan Yasin dan doa selamat bagi memohon tahun baharu dilimpahi keberkatan, keselamatan serta kesejahteraan buat seluruh umat Islam.

Pada majlis itu, Mohd Na’im bersama jemaah turut menunaikan solat jenazah ghaib untuk Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof Datuk Dr Muhammad Nur Manuty, 76, yang meninggal dunia pagi tadi di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor.

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M akan berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini esok. 

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dijadual berangkat ke majlis bertemakan “Membangun Ummah Madani” itu.

Turut dijangka hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama barisan Kabinet, ketua dan agensi kerajaan serta perwakilan asing.

Sambutan kali ini menekankan kepentingan umat Islam mengambil ibrah (pengajaran) daripada peristiwa hijrah dalam usaha membangunkan ummah yang bukan sahaja cemerlang fizikal tetapi juga rohani. – 26 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

Malaysia’s medal tally takes a dent after key sports excluded from Glasgow Commonwealth

OCM accepts decision of badminton and squash, among others, being axed from 2026 Games as organisers plan for a leaner, more financially sustainable event

Related