HEADLINES

Hijrah titik tolak lakukan perubahan, tangani krisis alam: Sultan Nazrin

Islam memandang perbuatan mencemarkan alam sehingga merosakkan habitat dan menjejaskan kehidupan makhluk sebagai perlakuan dosa dan pelakunya dilaknat, titah baginda

11:09 PM MYT

 

IPOH – Pelbagai pihak perlu berganding bahu menangani krisis alam yang semakin membimbangkan dan permulaan hijrah 1447 diharap menjadi titik tolak keinsafan untuk melakukan perubahan serta menghentikan segala kebejatan yang memusnahkan alam.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah dunia kini berdepan fenomena alam yang mengalami pelbagai bencana sehingga mengancam kesejahteraan hidup dan kelestarian alam.

“Pertambahan bilangan serta kepadatan penduduk, penerokaan tanah dan penempatan baharu, pembinaan prasarana, peningkatan kawasan bandar dan pengembangan aktiviti perindustrian telah secara langsung memberi kesan terhadap alam.

“Bumi ini milik Allah, hargai dan syukurilah nikmat anugerah Ilahi dengan tidak menderhaka kepada perintah Ilahi, dan berhenti melakukan kezaliman terhadap kehidupan alam sejagat agar kehidupan kita terhindar daripada malapetaka bencana alam, dan manusia dapat hidup dalam kesejahteraan, dipayungi rahmat dan kasih sayang Ilahi,” baginda bertitah demikian sempena Majlis Kemuncak Sambutan Maal Hijrah 1447H Peringkat Negeri Perak di sini malam ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim dan Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Sultan Nazrin juga bertitah Perak Darul Ridzuan memilih ‘Hijrah dan Kelestarian: Menyatukan Ummah Memulihara Bumi’ sebagai tema sambutan Maal Hijrah 1447 atas keinsafan bahawa bumi semakin tua dan sedang menunjukkan pelbagai tanda keuzuran selain semakin kerap berlaku bencana alam seperti gempa bumi dan tanah runtuh yang telah mengorbankan harta serta nyawa.

Baginda bertitah Islam melarang keras sebarang bentuk pencemaran yang boleh merosakkan alam sekitar. 

“Alam sekitar yang rosak bukan hanya memberi implikasi buruk kepada manusia, bahkan seluruh alam akan merasai kesan yang mengundang bencana dan bahaya. 

“Islam memandang perbuatan mencemarkan alam sehingga merosakkan habitat dan menjejaskan kehidupan makhluk sebagai perlakuan dosa dan pelakunya dilaknat.

“Adalah tidak bertanggungjawab bagi manusia yang dikurniakan akal oleh Ilahi, memilih melakukan kerosakan,” titah baginda.

Baginda bertitah dakwah Islam berperanan membebaskan manusia daripada belenggu penganiayaan, kerosakan, penindasan, perpecahan, kemusnahan, penyalahgunaan kuasa dan perkara bertentangan dengan fitrah yang benar.

“Islam mengetengahkan pembaharuan berasaskan nilai dan akhlak yang mengangkat kemuliaan insan, meningkatkan taraf kehidupan, memakmurkan alam serta mengembalikan hak bukan sahaja kepada setiap insan tetapi merangkumi apa sahaja hak yang ada di alam ini, yang tidak boleh dinafikan kerana alam itu sentiasa berinteraksi,” titah baginda. – 26 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related