HEADLINES

Semakan semula RMK13 tidak dibuat tergesa-gesa: Fahmi

Perbincangan tersebut telah bermula daripada draf yang telah dibentangkan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Ekonomi kepada Jemaah Menteri

3:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan menyemak semula Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bukan reaksi yang tergesa-gesa, sebaliknya telah melalui proses perbincangan sejak dua minggu lepas.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata perbincangan tersebut telah bermula daripada draf yang telah dibentangkan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Ekonomi kepada Jemaah Menteri.

“Kita sebenarnya dah berbincang, dalam sidang media saya beberapa minggu yang lepas, saya telah sebut bahawa Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah memberi arahan…untuk meneliti draf yang telah dibentangkan oleh KSU Kementerian Ekonomi.

“Seperti yang umum sedia maklum, sebarang dasar program ataupun keputusan yang dibuat, pertama  mesti dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

“Maka Perdana Menteri telah minta supaya pada Jumaat minggu lepas, semua kementerian meneliti draf dan menulis kepada Kementerian Ekonomi dengan maklum balas,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Nadi Aspirasi Nasional Bersama Anak Muda (NANBA) anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di sini, hari ini.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata berikutan perkara itu, satu sidang khas Jemaah Menteri telah diadakan pada Isnin minggu lepas untuk meneliti pandangan daripada semua kementerian.

“Dalam mesyuarat itu telah dilihat banyak perkara yang telah diminta oleh kementerian-kementerian yang perlu diambil kira oleh Kementerian Ekonomi dalam membentuk dokumen RMK13.

“Itulah antara sebab kenapa Jemaah Menteri pada Rabu lepas, (iaitu) mesyuarat yang terakhir, telah memutuskan  Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah diminta untuk menggalas tugas dan fungsi Menteri Ekonomi,” katanya.

Terdahulu, bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli dilaporkan telah mempersoalkan langkah kerajaan menyemak semula RMK13 sebagai reaksi tergesa-gesa terhadap kritikan media sosial yang ditujukan kepada Fahmi.

Perkara itu susulan pengumuman Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar semalam, yang memaklumkan Amir Hamzah telah ditugaskan untuk “mengolah dan merombak semula” RMK13 sambil menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta-merta. – 28 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

“This decision clears my name after six years of slander – Hannah Yeoh after appeal court victory

Federal Territories Minister Hannah Yeoh says the Court of Appeal ruling in her favour is a vindication of truth, not a pursuit of money, after years of reputational damage caused by false allegations

‘You’re lucky to have uniforms’: Pos Malaysia CEO under fire after ‘rude’ reply to postman

Social media users highlighted company’s top five’s high compensation, including Charles Brewer’s, despite making losses sixth year in a row

M’sia achieves 70% reduction in ozone-depleting substance use: Nik Nazmi

New strategies aim for a complete phase-out of harmful refrigerants by 2030, boosting green technology jobs

Related