HEADLINES

3 termasuk kanak-kanak maut dalam kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian

Azamuddin berkata hasil siasatan mendapati kesemua penumpang bot tidak memakai jaket keselamatan

10:43 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga termasuk dua kanak-kanak perempuan berusia 10 dan tiga tahun maut dalam kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Besut Azamuddin Ahmad @ Abu, mereka yang terkorban dalam kejadian pada 10.30 malam itu ialah S. Arumugam, 40, dan anaknya A. Sarrvihka, 3; serta saudara mereka V. Vennpani, 10 tahun.

Manakala 12 lagi termasuk seorang kanak-kanak berusia enam tahun kritikal dan dikejarkan ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut, lapor Bernama..

“Kejadian berlaku ketika ribut, hujan lebat dan laut bergelora menyebabkan bot yang membawa 15 penumpang berusia tiga hingga 40 tahun itu terbalik dan karam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di sini hari ini. 

Azamuddin berkata hasil siasatan mendapati kesemua penumpang bot tidak memakai jaket keselamatan. 

Pemandu bot berusia 20-an yang juga penduduk tempatan ditahan reman untuk membantu siasatan.

Beliau berkata pemandu bot itu juga didapati positif dadah dan mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Justeru, pihak polis ingin menasihati orang ramai supaya mengutamakan keselamatan ahli keluarga semasa di pantai peranginan.

“Pihak polis juga menasihati pengusaha bot supaya mengutamakan keselamatan pelancong dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan terutama pemakaian jaket keselamatan,” katanya. – 29 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related