HEADLINES

Mahkamah Persekutuan putuskan gagal beri notis 5 hari perhimpunan aman bukan jenayah

Tengku Maimun yang mengetuai panel lima hakim berkata seksyen itu adalah ‘campur tangan yang tidak seimbang’ dan merupakan larangan bukannya sekatan hak

11:59 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai tidak berpelembagaan, yang secara langsung menghapuskan keperluan untuk penganjur memberikan notis lima hari kepada pihak berkuasa.

Keputusan dibuat oleh panel lima hakim, diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang merupakan hari terakhir beliau berkhidmat sebelum bersara.

Memetik FMT, Tengku Maimun berkata seksyen itu adalah ‘campur tangan yang tidak seimbang’ dan merupakan larangan, bukannya sekatan hak.

Ini bermakna bahawa kini bukan lagi satu kesalahan di Malaysia jika penganjur gagal memberikan notis lima hari lebih awal kepada polis bagi satu perhimpunan aman.

Di bawah Seksyen 9(5), seseorang yang gagal memberikan notis lima hari tersebut sebelum ini dianggap melakukan kesalahan dan boleh didenda maksimum RM10,000 jika disabitkan di mahkamah.

Pada Ogos 2024, bekas Setiausaha Agung Parti Muda, Amir Hariri Abdul Hadi untuk merujuk persoalan perlembagaan mengenai Akta Perhimpunan Aman 2012 ke Mahkamah Persekutuan.

Keputusan dibuat oleh Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid ketika itu selepas mendapati terdapat persoalan perlembagaan yang perlu ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan dalam prosiding jenayah yang dihadapi Amir Hariri, 33, di Mahkamah Majistret pada 2022.

Pada 26 Ogos 2022, Amir Hariri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur perhimpunan ‘Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS)’ yang diadakan pada 14 Ogos 2022 di hadapan Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Amir didakwa selaku penganjur gagal memberitahu pegawai polis yang menjaga daerah Dang Wangi lima hari sebelum perhimpunan itu diadakan.

Dia didakwa di mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 9 (5) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000, jika sabit kesalahan.

Amir Hariri kemudiannya mencabar kesahihan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Amir Hariri Abdul Hadi telah merujuk mengenai persoalan perlembagaan mengenai Akta Perhimpunan Aman 2012 ke Mahkamah Persekutuan pada pada Ogos 2024. – Gambar media sosial, 1 Julai, 2025

Dalam pada itu, Amir menerusi kenyataan dalam akaun X menyifatkan keputusan berkenaan sebagai satu kemenangan kepada rakyat untuk berhimpun secara aman.

“Alhamdulillah. Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman, diputuskan hari ini di Mahkamah Persekutuan, tidak berpelembagaan!
Kemenangan buat rakyat untuk berhimpun secara aman,’’ katanya.

Beliau juga merakamkan terima kasih kepada Tengku Maimun serta peguam-peguamnya. – 1 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Umno assembly endorses ‘grand collaboration’ of Malay-Muslim parties, Zahid assures no threat to unity govt

Party information chief Datuk Seri Azalina Othman Said also affirms Umno’s support for Anwar’s administration

Petronas targets steady 2 million BOE per day as it accelerates energy transition

Petronas aims to maintain domestic oil and gas production while expanding into lower-carbon and renewable energy ventures, according to its Activity Outlook 2026–2028

KPDN to enforce Hari Raya price controls from March 14 to 28

Festive Season Maximum Price Scheme covers 27 essential items, while new subsidies and discounts aim to ease the cost of living

Related