HEADLINES

Kes Kevin Morais: bekas doktor tentera ke tali gantung, dua dipenjara, tiga lagi dibebaskan

Tiga yang lain dibebaskan kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka

2:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati ke atas bekas doktor tentera, R. Kunaseegaran, 62, atas kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais lapan tahun lalu.

Sementara pemberi pinjaman wang, S Ravi Chandaran, 54, dipenjara 40 tahun dan S Nimalan, 32, dipenjara 35 tahun dan 12 sebatan.

Manakala tiga yang lain iaitu R. Dinishwaran, 33; A.K. Thinesh Kumar, 32 dan M. Vishwanath, 35 dibebaskan kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Ia merupakan keputusan terakhir yang dibuat sebagai Ketua Mahkamah Persekutuan oleh Tun Tengku Mai­mun Tuan Mat yang akan bersara wajib sebagai Ketua Hakim Negara hari ini.

Beliau mempengerusikan panel tiga hakim bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang juga akan bersara pada Rabu dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Rhodzariah Bujang.

Keenam-enam mereka dijatuhkan hukuman mati oleh Mah­ka­mah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Julai 2020 selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh Morais dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 14 Mac 2024.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa membunuh Kevin ketika beliau dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya ke Nombor 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya antara pukul 7 pagi dan 8 malam pada 4 September 2015.

Pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kevin dilaporkan hilang pada 4 September 2015. Beliau sebelum itu dilihat meninggalkan kondominiumnya di Menara Duta, dengan menaiki kereta Proton Perdana.

Mayatnya kemudian ditemukan dalam tong dram yang disimen di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya pada 16 September, tahun yang sama. – 1 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related