HEADLINES

SPRM tahan pengarah syarikat disyaki terlibat pengubahan wang haram RM75 juta

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 50-an itu dipercayai telah melakukan kesalahan itu pada 2012 bagi kelulusan pembiayaan pinjaman berjumlah RM400 juta

5:41 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat bergelar Datuk kerana disyaki terlibat kegiatan pengubahan wang haram berjumlah kira-kira RM75 juta membabitkan projek pembangunan rangkaian fiber.

Perintah reman selama empat hari hingga 6 Julai terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi, selepas permohonan dibuat SPRM.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 50-an itu dipercayai telah melakukan kesalahan itu pada 2012 bagi kelulusan pembiayaan pinjaman berjumlah RM400 juta.

“Siasatan awal mengesyaki RM75 juta tersebut telah disalurkan kepada syarikat milik suspek.

“Lelaki berkenaan ditahan kira-kira 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM,” katanya.

Menurut sumber tangkapan berkenaan adalah susulan Op Fibre yang dijalankan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM pada 30 Jun lepas.

“BOK telah menggeledah empat lokasi berbeza termasuk kediaman dan pejabat suspek di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

“Melalui operasi yang dijalankan, SPRM membekukan 12 akaun bank termasuk akaun persendirian dan syarikat bernilai kira-kira RM400,000,” katanya.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001). – 3 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Related