HEADLINES

Letupan Putra Heights: sesi taklimat khas pada wakil rakyat esok, kata MB

Taklimat berkenaan akan diadakan selepas sidang DUN esok dan kemudian akan dibahaskan dalam persidangan itu

2:11 PM MYT

 

KLANG  Sesi taklimat khas kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor berhubung isu letupan saluran paip gas di Putra Heights akan dilaksanakan selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari pertama selesai esok.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata sesi penerangan itu akan dilaksanakan oleh jawatankuasa siasatan teknikal antaranya membabitkan pihak polis dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

“Taklimat itu dibuat selepas persidangan DUN esok (selesai) kerana banyak urusannya berbentuk teknikal. Selepas itu ia akan dibawa (dibahaskan) dalam persidangan tersebut.

“(Tujuan ia dilaksanakan) supaya mereka (wakil rakyat) faham aspek yang sebenar dan tidak mempunyai persepsi tertentu,” katanya kepada pemberita selepas Kempen Bebas Plastik Siri 2 2025 di Laman Seni Safari di sini hari ini.

Turut hadir Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor Jamaliah Jamaluddin. Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga DUN Selangor Kelima Belas Tahun 2025 akan bersidang bermula esok hingga 18 Julai.

Pada 30 Jun lepas, Ketua Polis Selangor pada sidang media khas Laporan Siasatan Insiden Kebakaran Putra Heights dilaporkan berkata tiada unsur sabotaj, perbuatan khianat atau kecuaian dikenal pasti sebagai punca kejadian letupan paip gas bawah tanah milik Petronas di Putra Heights di Subang Jaya pada 1 April.

Susulan laporan itu, kerajaan negeri menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi meneliti laporan siasatan lengkap insiden berkenaan serta mencadangkan langkah susulan sewajarnya.

Jawatankuasa berkenaan akan merangkumi pandangan pelbagai pihak termasuk peranan kerajaan Persekutuan, khususnya dalam aspek pengurusan bencana serta penjelasan kepada umum mengenai kejadian itu. – 6 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related