HEADLINES

Kesihatan Hadi lebih baik selepas rawatan jantung, pihak cemburu sahaja minta nakhoda PAS ditukar: Samsuri

3:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kesihatan presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang lebih baik selepas menjalani prosedur rawatan jantung baru-baru ini, justeru tidak ada keperluan untuk parti itu menukar pemimpin yang baru.

Menteri Besar Terengganu yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau kekal dengan pendiriannya bahawa Hadi, 78, patut kekal sebagai presiden parti tersebut.

Jelasnya, hanya pihak yang cemburu dengan pencapaian PAS sahaja berfikir supaya PAS mencari nakhoda baru.

“Saya dah sebut sebelum ini tiada sebab kenapa tuan guru tidak menjadi presiden lagi. Saya kekal dengan apa yang saya sebut sebelum ini malah kepimpinan tuan guru sangat diperlukan untuk menghadapi pilihan raya.

“Kecuali ada orang yang cemburu dengan pencapaian PAS sahaja yang berfikir supaya PAS cari nakhoda baru, ini adalah lontaran pihak yang ingin lihat PAS bergerak ke belakang sedangkan kita melihat PAS bergerak jauh ke depan,’’ katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di-Pertuan Muda 2025, di Terengganu, hari ini.

Jun lalu, Abdul Hadi telah menjalani prosedur rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang sebelum ini pernah menerima rawatan susulan di IJN, dengan kali terakhir dilaporkan menjalani rawatan pada 5 Januari tahun lepas.

Sebelum ini terdapat laporan media bahawa Hadi dikatakan memberi bayangan untuk berundur daripada jawatan tersebut atas faktor kesihatan.

Beliau dikatakan menyampaikan hasrat berkenaan kepada barisan kepimpinan tertinggi dalam satu retreat parti yang diadakan di Kuala Terengganu.

Menurut Ahmad Samsuri, di bawah pimpinan Hadi, PAS menunjukkan pencapaian terbaik sepanjang pilihan raya sebelum dan selepas merdeka.

“Di bawah pimpinan tuan gurulah kita lihat PAS ada hampir 200 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Parlimen yang merupakan pencapaian terbaik sepanjang PAS berdepan pilihan raya sebelum dan selepas merdeka,’’ katanya. – 6 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related