HEADLINES

Trump umum tarif tambahan 10% terhadap negara yang menyokong BRICS

Pengumuman itu dibuat ketika sidang BRICS sedang berlangsung di Rio de Janeiro

12:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan tarif tambahan sebanyak 10% akan dikenakan ke atas negara yang menyokong BRICS.

Menerusi hantaran di platform Truth Social miliknya, Trump berkata tiada pengecualian dibuat terhadap mana-mana negara yang didakwa beliau sebagai menyokong dasar anti-Amerika.

“Mana-mana negara yang menyokong dasar anti-Amerika BRICS akan dikenakan tarif tambahan sebanyak 10%.

“Tiada sebarang pengecualian terhadap dasar ini,’’ katanya.

Pengumuman itu dibuat ketika sidang kemuncak BRICS ke-17 sedang berlangsung di Rio de Janeiro, Brazil.

Blok BRICS pada awalnya ditubuhkan oleh Brazil, Rusia, India dan China. Ia kemudiannya berkembang dengan penyertaan Afrika Selatan pada 2011 dan seterusnya Mesir, Ethiopia, Iran, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 2023 serta Indonesia pada 2024.

Selain itu, Malaysia serta Belarus, Bolivia, Kazakhstan, Cuba, Nigeria, Thailand, Vietnam, Uganda dan Uzbekistan telah diterima sebagai negara rakan BRICS.

Malaysia, diwakili oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang berkenaan.

Presiden China, Xi Jinping bagaimanapun tidak hadir pada sidang tersebut dan diwakili Perdana Menteri Li Qiang manakala Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyertainya secara dalam talian.

Dalam kenyataan berasingan, Trump mengesahkan Amerika Syarikat akan mula menghantar surat pada Isnin, yang memperincikan kadar tarif khusus bagi setiap negara serta sebarang perjanjian yang telah dicapai dengan pelbagai rakan dagang. – 7 Julai, 2025

Topics

 

Popular

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related