HEADLINES

Projek Nadi raih pengiktirafan global, menang anugerah bangunkan kemahiran digital untuk komuniti terpencil

Anugerah tersebut merupakan satu pengiktirafan global kepada Malaysia dalam pembangunan kemahiran digital

6:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Projek Inklusif Digital Nadi Malaysia meraih pengiktirafan global apabila dinobatkan juara Hadiah World Summit on the Information Society (WSIS) 2025 atas usaha memperkasakan komuniti terpencil melalui pembangunan kemahiran digital dan kesalinghubungan.

Anugerah di bawah kategori ‘C4: Capacity Building’ itu diterima Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dalam satu majlis yang berlangsung di Geneva.

Dalam ucapannya, Fahmi berkata, projek Inklusif Digital Nadi di Pulau Banggi mencerminkan komitmen Kerajaan Madani bahawa tiada siapa pun terpinggir dalam era digital.

“Saya amat berbesar hati menerima Hadiah WSIS ini bagi pihak Malaysia. Projek Inklusif Digital Nadi di Pulau Banggi mencerminkan komitmen Kerajaan Madani bahawa tiada siapa pun terpinggir dalam era digital.

“Kejayaan ini adalah milik komuniti yang menerima kemahiran digital demi masa depan yang lebih baik serta kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendukung visi negara yang inklusif dan terhubung,” katanya.

Anugerah berkenaan dianjurkan International Telecommunication Union (ITU) dengan kerjasama agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Hadiah WSIS meraikan projek ICT yang memacu kemajuan ke arah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Terletak kira-kira 70 kilometer dari Kudat, Pulau Banggi yang menempatkan kira-kira 20,000 penduduk, hanya boleh diakses dengan feri atau bot laju dan ekonomi utamanya berasaskan perikanan, kelapa sawit dan getah.

Kedudukannya yang terpencil mengehadkan akses penduduk kepada pendidikan, penjagaan kesihatan dan pertumbuhan ekonomi.

Di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela), Pelan Infrastruktur Digital Negara Malaysia, inisiatif Nadi mewujudkan hab digital komuniti yang kini menyediakan internet berkelajuan tinggi dan latihan ICT kepada nelayan, petani, pelajar dan pemilik perniagaan kecil selain melengkapkan mereka dengan kemahiran untuk berjaya dalam ekonomi digital kini.

Projek ini mengubah kehidupan penduduk dengan golongan belia memperoleh kemahiran ICT, kaum wanita memulakan perniagaan mikro dalam talian dan usahawan tempatan meluaskan pasaran mereka.

Berikutan kejayaan di Pulau Banggi, Nadi kini diperluas ke kawasan kurang mendapat liputan termasuk Pulau Mandi Darah, dengan rancangan untuk diperluas ke seluruh negara menjelang 2035 melalui modul latihan berskala, hab komuniti dan pembiayaan jangka panjang di Sabah serta Sarawak.

Sementara itu, Projek Stingray II Pulau Ketam juga diiktiraf sebagai johan kategori ‘C2: Information and Communication Infrastructure’ atas usaha menyediakan kesalinghubungan berkelajuan tinggi melalui pemasangan kabel gentian optik dasar laut sepanjang 46.4 kilometer antara Kapar dan Pulau Ketam.

Projek ini membolehkan pelajar mengikuti pembelajaran dalam talian manakala keluarga mengakses perkhidmatan teleperubatan dan meningkatkan pertumbuhan perniagaan digital untuk perniagaan kecil.

Pengiktirafan global ini mengukuhkan komitmen Malaysia terhadap kesaksamaan digital iaitu memastikan tiada rakyat yang tertinggal walau di lokasi terpencil sekalipun.

“Nadi bukan sekadar projek, ia adalah komitmen untuk memastikan semua rakyat Malaysia mendapat peluang digital yang saksama dan pencapaian ini mengesahkan kedudukan Nadi sebagai salah satu program inklusif digital yang paling unik dan berkesan di dunia. – 7 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related