◉ HEADLINES

Kereta dinaiki 6 beranak terbabas terus dalam sungai, tiada kesan kenderaan lain: polis

Pemeriksaan juga mendapati tiada kesan kemalangan atau kesan brek di kawasan berhampiran sungai

6:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Siasatan awal yang dijalankan oleh polis mendapati kereta yang dinaiki enam beranak terbabas terus ke dalam Sungai Korok, Jitra, tanpa melibatkan kenderaan lain.

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Mohd Radzi Abdul Rahim, pemeriksaan juga mendapati tiada kesan kemalangan atau kesan brek di kawasan berhampiran sungai.

“Siasatan buat masa ini mendapati ia tidak melibatkan kenderaan lain dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya, lapor Bernama.

Terdahulu, mayat enam beranak termasuk bayi berusia enam bulan, yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu, ditemukan di Sungai Korok, Jitra, Kedah, pagi tadi.

Mereka terdiri sepasang suami isteri, Mohd Azim Ezzat Ishak, 32, dan isterinya Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy, 31, serta empat anak mereka yang berusia antara enam bulan hingga sembilan tahun.

Dalam pada itu, Mohd Radzi berkata pihaknya menerima aduan berhubung kehilangan enam beranak itu selepas satu laporan dibuat oleh seorang ahli keluarga mangsa Sabtu lepas.

Laporan awal, katanya, mendapati kesemua mangsa telah keluar dari rumah ahli keluarga di Jitra kira-kira 5.30 pagi Sabtu sebelum gagal dihubungi.

“Polis telah membuka satu kertas siasatan orang hilang dan pagi ini kita menerima panggilan daripada orang awam yang mengatakan ternampak sebuah kenderaan tenggelam di dalam Sungai Korok.

“Dengan bantuan pihak bomba, kenderaan itu berjaya dikeluarkan dan enam mangsa yang dilaporkan hilang sebelum ini berada di dalam kereta itu. Mayat kesemua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik HSB untuk bedah siasat,” katanya. – 7 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related