◉ HEADLINES

Kes bunuh Cyberjaya: dua suspek didakwa esok

Suspek lelaki dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh manakala suspek wanita dituduh di bawah Seksyen 109/302 Kanun Keseksaan kerana bersubahat

7:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua individu disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang penuntut universiti swasta di Cyberjaya, pada bulan lalu, akan didakwa di Mahkamah Majistret Sepang, esok.

Menurut Ketua Polis Sepang, Norhizam Bahaman, suspek lelaki dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh manakala suspek wanita dituduh di bawah Seksyen 109/302 Kanun Keseksaan kerana bersubahat.

Sementara dua lagi, katanya, dibebaskan.

Beliau memberitahu, pihaknya telah selesai menjalankan siasatan berhubung kes bunuh tersebut dan Timbalan Pendakwa Raya Selangor mengeluarkan arahan pertuduhan terhadap suspek lelaki dan wanita tersebut.

Mangsa yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi dan berasal dari Sarawak ditemukan maut di unit kondominiumnya di Cyberjaya pada 10 pagi, 24 Jun.

Mangsa dilaporkan tinggal seorang diri selepas lima rakan serumahnya pulang bercuti sejak 21 Jun.

Berikutan itu, polis menahan empat individu termasuk rakan serumah mangsa dan teman lelakinya. – 9 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related