HEADLINES

Penganggur, kekasih didakwa bunuh penuntut universiti Cyberjaya

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi

11:41 AM MYT

 

SEPANG – Pasangan kekasih berusia 19 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, masing-masing atas tuduhan membunuh dan bersubahat membunuh seorang pelajar sebuah universiti di Cyberjaya dua minggu lalu.

Penganggur, M Sri Darvien dan kekasihnya D Thineswary mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh pertama, Sri Darvien Mathavan, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas pertuduhan membunuh Maniishapriet Kaur Akhara di Blok A, Mutiara Villa, Persiaran Multimedia di Sepang antara jam 9.11 hingga 11.31 malam 23 Jun lalu.

Teman wanitanya, Thineswary Devendran, 19, didakwa bersubahat dengan lelaki itu untuk membunuh Maniishapriet.

Wanita itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 11 September ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen bedah siasat dan laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin manakala Darvien diwakili peguam M Manoharan dan peguam Abu Bakar Isa Ramat mewakili Thineswary.

Pada 24 Jun lalu, penuntut ijazah sarjana muda fisioterapi berasal dari Sarawak itu ditemukan mati di sebuah unit kondominium di Cyberjaya pada jam 10 pagi.

Mangsa dilaporkan tinggal seorang diri selepas rakan serumahnya pulang bercuti sejak 21 Jun.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, dilaporkan berkata penahanan empat individu termasuk suspek utama iaitu teman lelaki kepada rakan serumah mangsa menyelesaikan kes itu dalam tempoh 48 jam.

Suspek utama kes itu dipercayai pernah beberapa kali bermalam bersama kekasihnya di rumah berkenaan.

Berdasarkan hasil siasatan, rakan serumah mangsa yang juga kekasih suspek utama dipercayai menyerahkan kad akses dan kunci rumah berkenaan kepada lelaki terbabit untuk tinggal di kondominium itu sebelum kejadian.

Pada 27 Jun lalu, media melaporkan tiga suspek direman bagi membantu siasatan kes berkenaan. – 10 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

FAM at 99: a journey from colonial roots to Malaysia’s football milestones

The Football Association of Malaysia (FAM) marks its 99th anniversary today, tracing a journey from its colonial-era beginnings in 1926 to becoming the custodian of Malaysian football

Malaysian Nazmi a candidate to referee at 2026 football World Cup

National referee Muhammad Nazmi Nasaruddin has been selected as one of the main refereeing candidates for the 2026 FIFA World Cup in the United States, Canada, and Mexico, scheduled for June 11 to July 19, 2026.

[UPDATED] Paris 2024: Zii Jia strolls into round of 16

Malaysian badminton’s great gold hope tops group with quick defeat of Spain’s Pablo Abian

Related