◉ HEADLINES

Seorang rakyat Malaysia disahkan maut dalam tragedi feri karam di Selat Bali

Ketika kejadian, mangsa Fauzey Awang berada dalam sebuah van pelancong yang turut berada dalam feri malang itu

2:34 PM MYT

 

JAKARTA – Seorang rakyat Malaysia disahkan antara tiga mangsa yang ditemukan maut dalam tragedi feri karam di Selat Bali, lewat malam 2 Julai lalu.

Mangsa dikenali sebagai Fauzey Awang, 55, ditemukan di perairan Pantai Perancak, Bali, kata Timbalan Operasi dan Kesiapsiagaan Agensi Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (BASARNAS), Eko Suyatno.

Ketiga-tiga mayat dibawa ke Hospital Blambangan di Banyuwangi, Jawa Timur untuk proses pengecaman oleh pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Polis Indonesia.

“Operasi SAR masih diteruskan bagi mengesan baki mangsa yang masih hilang,” kata Eko dalam satu kenyataan.

Beliau berkata daripada 65 individu yang berada dalam feri KMP Tunu Pratama Jaya semasa kejadian, seramai 45 telah ditemukan setakat ini, dengan 30 orang terselamat dan 15 disahkan meninggal dunia.

Ketika kejadian, Fauzey berada dalam sebuah van pelancong yang turut berada dalam feri malang itu.

Difahamkan, beliau dalam perjalanan pulang ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai, Bali, selepas menaiki van itu dari Pelabuhan Ketapang, Banyuwangi.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta ketika dihubungi Bernama memaklumkan mereka telah berhubung dengan waris mangsa di Malaysia bagi menyampaikan maklumat terkini serta akan menyalurkan bantuan konsular yang sewajarnya.

Menurut kedutaan, waris turut memaklumkan bahawa mereka akan berlepas ke Banyuwangi pada Jumaat bagi menguruskan urusan berkaitan. – 11 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

◉ Related