HEADLINES

MB arah siasatan ke atas aktiviti tidak bermoral program motivasi rumah tangga

Menurut Amirudin, beliau mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat

12:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan siasatan dijalankan terhadap dakwaan berlaku aktiviti tidak bermoral semasa penganjuran program motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di Shah Alam, pada tahun lepas.

Menurutnya, beliau sudah meminta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyiasat dan mengambil tindakan tegas jika dakwaan tersebut didapati benar setelah penyiasatan secara menyeluruh dilakukan.

“Laporan baru diterima, saya dah minta Jais siasat dan ambil tindakan tegas sebab ia dianjurkan secara tertutup di dalam dewan, tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri.

“… namun saya prihatin dengan apa yang didedahkan kita perlu melakukan siasatan yang menyeluruh dan ambil tindakan tegas kepada sesiapa yang terlibat,” katanya, lapor Bernama.

Ditanya jika pihak pengurusan pusat konvensyen itu akan dipanggil untuk memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut, Amirudin berkata ia perlu terlebih dahulu dan diserahkan kepada siasatan pihak berkuasa.

Terdahulu, tular hantaran di media sosial yang mendakwa program motivasi yang diadakan khas untuk peserta wanita di Shah Alam, Selangor, tahun lepas, telah membabitkan perlakuan songsang dan tidah senonoh.

Peserta program berkenaan dikatakan diminta meminum sejenis air yang tidak diketahui kandungannya dan turut melibatkan acara menari dalam berpakaian seksi serta berbogel.

Berikutan itu, ia mencetuskan kemarahan ramai yang menyifatkan perbuatan songsang itu perlu dibendung dengan mereka yang terlibat disiasat.

Sementara Ketua Polis Daerah Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan polis sudah memulakan siasatan dan laporan mengenai perkara itu telah dibuat oleh suami kepada seorang peserta program berkenaan pada akhir Februari lepas.

“Hari ini, kita telah memanggil isteri pengadu bersama beberapa saksi lain yang berada di lokasi kejadian untuk dirakam keterangan. Kami turut menjemput wakil (Jais) bagi sesi ini,” katanya, hari ini. – 12 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related