HEADLINES

Program motivasi rumah tangga songsang: Penganjur pernah dipanggil MAIS 3 tahun lalu

Penganjur dipanggil MAIS dan diminta mengubah beberapa modul agar menepati syarak

3:12 PM MYT

 

SHAH ALAM – Penganjur program motivasi rumah tangga yang didakwa menjalankan aktiviti tidak bermoral di sebuah pusat konvensyen di sini, pernah dipanggil Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tiga tahun lalu berhubung modul yang digunakan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata tindakan itu diambil susulan aduan bekas peserta pada 2022 yang mendakwa kandungan modul program berkenaan tidak wajar dan tidak sesuai.

“Penganjur ketika itu telah dipanggil oleh Panel Pendengaran di bawah Jawatankuasa Pengawalan Akidah MAIS dan diminta mengubah beberapa modul agar menepati syarak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut mengenai hantaran tular mendakwa aktiviti tidak bermoral berlaku di sebuah pusat konvensyen pada September tahun lalu, beliau berkata JAIS tidak menerima sebarang aduan rasmi berhubung perkara itu.

Mengulas mengenai hantaran tular yang mendedahkan aktiviti tidak bermoral telah berlaku di sebuah pusat konvensyen pada September tahun lepas, Mohd Shahzihan berkata pihaknya tidak menerima apa-apa aduan berhubung kejadian itu. 

Namun, katanya JAIS akan memanggil beberapa individu pada Selasa depan (15 Julai) bagi membantu siasatan, selain bekerjasama dengan polis mengikut bidang kuasa masing-masing.

Mohd Shahzihan berkata siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 iaitu berkaitan doktrin palsu, kerana disyaki berlaku upacara atau perbuatan yang bertentangan dengan hukum syarak.

“JAIS memandang serius perkara ini dan akan mengambil segala langkah perlu untuk membanteras sebarang aktiviti yang bercanggah dengan hukum syarak serta nilai etika yang ditolak masyarakat di negeri ini dan negara secara umum,” katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung program terbabit agar menghubungi Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS menerusi talian hotline 1-800-88-2424 atau hadir ke pejabat JAIS. – 12 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related