HEADLINES

Isu kehakiman, cukai, subsidi petrol RON95 antara yang diterangkan dalam pertemuan dengan Ahli Parlimen BN: PM

Ahli Parlimen BN faham dan bagi kerjasama penuh bagi isu-isu ini, kata Anwar

8:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertemuan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pada Jumaat adalah untuk menjelaskan beberapa isu semasa termasuk mengenai cukai, khabar angin mengenai subsidi petrol RON95 dan isu badan kehakiman.

Menurut Perdana Menteri, Ahli Parlimen BN memahami dan memberikan kerjasama penuh.

“Dia begini, kadang hari Isnin saya putuskan untuk jumpa PH (Ahli Parlimen Pakatan Harapan), itu PH biasa. Jadi Datuk Seri Zahid (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi) kata sebaiknya jumpa (Ahli Parlimen) BN juga. Maka saya pun kata baik, kita jumpa semalam.

“(Ahli Parlimen) BN faham dan bagi kerjasama penuh bagi isu-isu ini dan (yang) berikutnya saya akan jelas kepada BN,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan hari ini.

Sebelum ini timbul pelbagai spekulasi mengenai pertemuan tertutup itu yang dikatakan membincangkan mengenai kerjasama Pakatan Harapan (PH) – BN dalam pilihan raya negeri Sabah.

Pertemuan berkenaan diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di Putrajaya.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Presiden PKR berkata pertemuan majlis pimpinan PKR pada hari ini turut membincangkan mengenai isu-isu semasa termasuk tindakan kerajaan dalam menangani rasuah.

“Saya jelaskan bagaimana tindakan-tindakan kita terhadap rasuah besar yang kemudian menyebabkan kumpulan ini bersatu untuk menyerang kita. Itu yang penting. Sebab bagi mereka rasuah itu tidak lagi besar. Bagi kita masih (besar) kerana isu tatakelola,” katanya.

Menurut Anwar beliau turut menerangkan mengenai pemilihan Ketua Hakim Negara yang sebelum ini pernah dijelaskannya bahawa semua pihak perlu menghormati proses pelantikan jawatan itu yang tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan. – 12 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related