HEADLINES

Johari Ghani tolak spekulasi jadi PM, Kerajaan Perpaduan stabil, tidak wajar diganggu

Johari mengingatkan supaya pentadbiran Kerajaan Perpaduan tidak diganggu

5:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menolak spekulasi beliau adalah calon bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Johari, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, Kerajaan Perpaduan hari ini berada dalam keadaan aman dan stabil justeru ia tidak wajar diganggu.

Beliau turut menolak dakwaan menerima sokongan daripada Ahli Parlimen Umno untuk jawatan tersebut.

“Macam mana boleh ada sokongan (untuk saya dilantik sebagai Perdana Menteri) sedangkan Umno hanya ada 26 Ahli Parlimen?”

“Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan perpaduan ini adalah aman dan stabil. Jangan ganggu pentadbiran yang sedang berjalan.

“Kalau tidak puas hati, tunggu pilihan raya akan datang (Pilihan Raya Umum ke-16),” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu Johari mengadakan pertemuan dengan peniaga dan penduduk berhubung isu cadangan perobohan beberapa unit gerai di Jalan 2/76 Desa Pandan, di sini.

Sebelum ini nama beliau telah disebut-sebut oleh pemerhati politik dan disifatkan sebagai calon yang berpotensi untuk meneraju Putrajaya sekiranya berlaku peralihan kuasa. – 17 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

Related