HEADLINES

Kehilangan pempengaruh hanya sandiwara, Ija lari ke negara jiran

Polis berkata adiknya juga mengesahkan turut bersubahat dan berpura-pura menjalankan usaha pencarian

4:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kehilangan pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Ija selepas keretanya terjunam ke Sungai Tui, Jalan Bukit Kepong di sini Isnin lalu, dipercayai sengaja ‘direka’ sebelum bertindak melarikan diri ke negara jiran, kata Ketua Polis Daerah Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz.

Menurut beliau, melalui siasatan yang dilakukan pihaknya, adik kepada suspek dipercayai turut bersubahat dengan memberikan keterangan tidak benar untuk kepentingan peribadi.

Raiz Mukhliz berkata, Tengku Abd Aziz Tengku Zainudin, 30, telah membuat laporan kehilangan abangnya di Balai Polis Lenga.

Laporan itu mengatakan bahawa abangnya dalam perjalanan ke Muar untuk membaiki kereta.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan setelah kes mulanya diklasifikasikan sebagai orang hilang namun melalui siasatan dilakukan terdapat keraguan terhadap laporan yang dikemukakan dan polis percaya bahawa kehilangan tersebut telah direka.

“Siasatan juga mendedahkan lelaki berkenaan juga telah menenggelamkan kereta milik isterinya di sungai sebelum melarikan diri ke negara jiran…adiknya juga mengesahkan bahawa dia turut bersubahat dan berpura-pura menjalankan usaha pencarian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Kata Raiz Mukhliz, kini keterangan telah diambil dan siasatan lanjut akan diteruskan selepas polis memperoleh kebenaran menyiasat (OTI) daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberikan maklumat palsu dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat melakukan kesalahan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan mangsa yang juga peniaga dan memiliki sebuah kedai aksesori kenderaan itu hilang selepas kereta jenis Perodua Axia yang dipandunya terjunam ke sungai berkenaan. – 19 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

Related