HEADLINES

Kecewa keputusan AGC, gesa nilai semula kes Firdaus Wong, Zamri Vinoth: Ahli Parlimen

Undang-undang tidak boleh dilaksanakan secara terpilih, apapun bentuk penghinaan, kebencian atau hasutan terhadap mana-mana kaum dan agama mestilah ditangani dengan tegas dan adil

2:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Beberapa Ahli Parlimen mewakili masyarakat India menyuarakan rasa kecewa dan menggesa Pejabat Peguam Negara (AGC) menilai semula keputusan untuk tidak mendakwa dua pendakwah bebas, Zamri Vinoth dan Firdaus Wong Wai Hung berikutan tiada keterangan yang mencukupi.

Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan dan rakan-rakan Ahli Parlimen mewakili masyarakt India merujuk perkembangan kes yang diumum Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di portal Dewan Rakyat, Selasa lalu.

Menurut Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah, sebagai seorang menteri, Azalina wajar berbincang lebih dulu dengan wakil-wakil Ahli Parlimen masyarakat India sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Ini sepatutnya..menteri sebelum mengumumkan, perlu berbincang. Kami adalah sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan, yang menyokong Kerajaan Madani.

“Sepatutnya, isu-isu sebegini menteri kena sensitif dan peka bahawa ini akan menyentuh perasaan masyarakat India.

“Maka harapan kami adalah besar supaya YB Menteri berbincang dengan kita untuk mengetahui perkara ini secara mendalam,” kata Saravanan dalam sidang media selepas sidang Parlimen sesi pagi di sini, hari ini.

Kekecewaan beliau turut dikongsi Ahli Parlimen Klang, Ganabatirau Kesavan yang sebulat suara menolak alasan ini.

“Sebenarnya kami sebulat suara menolak alasan ini kerana terdapat banyak laporan polis telah dibuat dan bukti-bukti jelas dalam bentuk video, kenyataan awam dan hantaran media sosial telahpun tersebar luas.

“Bahan-bahan ini bukan saja menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat malah mengandungi unsur-unsur penghinaan dan hasutan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Gana berkata, keputusan ini amat mengecewakan dan memberi gambaran bahawa wujud layanan berbeza apabila pelaku melibatkan individu tertentu sekaligus mencabar prinsip keadilan dan kesaksamaan undang-undang yang dijunjung dalam negara ini (perkara artikel 8 Perlembagaan).

Tegasnya undang-undang tidak boleh dilaksanakan secara terpilih. Apapun jua bentuk penghinaan, kebencian atau hasutan terhadap mana-mana kaum dan agama mestilah ditangani dengan tegas dan adil tanpa mengira siapa yang melakukannya.

“Kami menyeru agar Jabatan Peguam Negara menilai semula keputusan ini secara objektif dan berlandaskan bukti yang telah dilaporkan dan tersedia demi menjamin kepercayaan rakyat terhadap sistem keadilan negara,” katanya.

Sebelum ini, polis menahan pendakwah bebas, Zamri Vinoth kerana disyaki menggugat ketenteraman awam melalui satu hantaran yang dimuat naik di Facebook.

Tahun lalu, Firdaus Wong mendakwa dipanggil oleh polis bagi membantu siasatan berhubung satu laporan polis yang dibuat ke atasnya. – 24 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Government caps weekly hours at 42 for critical healthcare workers

Over 82,000 medical personnel to be exempted from 45-hour shift rule under the government’s move to protect frontline welfare

MACC intensifies probe into international law firm over alleged RM4.08 billion 1MDB-linked fund diversion

This as the authorities widen asset recovery efforts involving cross-border financial transactions

‘Even if I’m arrested or killed… the rally is still on’: Zamri Vinoth

Controversial preacher vows to press ahead with 'illegal houses of worship' rally despite threats of arrest

Related