◉ HEADLINES

Pempengaruh permotoran, adik buat laporan palsu didakwa hari ini

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam serta Seksyen 109 kerana bersubahat melakukan kesalahan

10:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh dan adik lelakinya yang membuat laporan palsu berhubung kehilangannya susulan kereta dipandu ditemui terjunam dalam Sungai Tui, Bukit Kepong, minggu lalu akan didakwa hari ini, kata Ketua Polis Daerah Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz.

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam serta Seksyen 109 kerana bersubahat melakukan kesalahan.

Tindakan itu katanya, diambil selepas polis mendapat arahan Pejabat Pendakwaan Negeri (PPN) bagi mendakwa dua beradik berkenaan hari ini.

“Sebagai makluman berkaitan kes sebuah kereta dijumpai terjunam ke dalam Sungai Tui, Bukit Kepong yang berakhir dengan kes laporan palsu dan akan dituduh di Mahkamah Majistret Muar esok (hari ini),” katanya dalam satu kenyataan, lapor BH.

Dalam satu kenyataan media sebelum ini Raiz Mukhliz dilaporkan berkata, usaha pencarian pempengaruh berusia 38 tahun itu ditamatkan susulan terdapat keraguan dalam laporan dibuat adik lelakinya yang berusia 30 tahun.

Siasatan lanjut dijalankan dan keterangan daripada adik lelaki akhirnya membongkar kejadian sebenar yang mana lelaki itu tidak hilang, sebaliknya ke negara jiran.

Pada 15 Julai lalu, polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan menggerakkan operasi mencari dan menyelamat dengan bantuan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang terkesan dengan tindakan dua beradik itu membuat laporan polis susulan laporan palsu pada Isnin lalu.

Tindakan dua beradik itu mengundang kecaman pelbagai pihak yang menganggap mereka mempermainkan pasukan keselamatan yang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat di sungai berhampiran. – 25 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

◉ Related