HEADLINES

Keputusan ‘No PH’, ‘No PN’ masih kekal, BN masih solo: MIC

Setiausaha Agung MIC berkata Kerjasama BN dengan Kerajaan Perpaduan di bawah perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bersifat sementara

4:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keputusan BN untuk tidak menyokong gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) selepas PRU15 masih kekal, kata Setiausaha Agung MIC Datuk S Ananthan.

Ananthan juga menolak kenyataan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini bahawa gabungan itu tidak bergerak secara solo dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) akan datang.

“Kerjasama BN dengan Kerajaan Perpaduan di bawah perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bersifat sementara.

“Buat masa ini keputusan ‘No PH’, dan ‘No PN’ yang diambil dalam mesyuarat BN selepas PRU15 masih kekal.

“Saya sebagai seorang pemimpin menghadiri setiap mesyuarat BN boleh mengesahkan bahawa gabungan kami tidak mengambil sebarang keputusan kerjasama dengan gabungan lain pada PRU16.

Terdahulu, beliau diminta mengulas kenyataan Zahid yang berkata parti itu akan kekal menjalin kerjasama dengan Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik negara.

Memetik laporan sebuah portal tempatan, Zahid berkata bahawa meskipun terdapat desakan dan suara-suara tertentu yang menggesa Umno-BN bergerak secara solo, namun keputusan parti adalah jelas untuk terus menjalinkan kerjasama.

Zahid berkata, walaupun jalinan kerjasama itu diteruskan tetapi partinya berpendirian untuk kekal menggunakan lambang dacing ketika pilihan raya.

Bagaimanapun, Ananthan berkata kenyataan pengerusi BN itu bukan pendirian rasmi gabungan itu.

“Seperti sedia maklum, selepas tiada gabungan memiliki majoriti untuk menubuhkan kerajaan, pendirian rasmi BN adalah tidak menyokong mana-mana pihak. Keputusan ini diambil dalam mesyuarat BN.

“Namun, BN kemudian mengambil keputusan menyertai kerajaan perpaduan atas titah Yang di-Pertuan Agung demi kestabilan politik tanah air.

“Maka, secara teknikal, kami menyokong kerajaan hari ini atas titah seri paduka sehingga PRU16. BN masih gabungan solo pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Difahamkan Malaysiakini telah menghubungi MCA untuk mendapatkan komen. – 25 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related