◉ HEADLINES

Cukai pro kesihatan diperluas kepada tembakau, vape, alkohol

3:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Cukai pro kesihatan akan diperluaskan daripada gula kepada produk seperti tembakau, vape dan alkohol, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, peluasan berkenaan bukan sekadar untuk hasil tetapi bagi mendorong perubahan tingkah laku dan membendung peningkatan penyakit tidak menular (NCD) yang kian membimbangkan.

“Kita juga perlu tegas dalam menangani risiko kesihatan,’’ katanya ketika membentangkan RMK13 dengan tema “Melakar Semula Pembangunan” di Dewan Rakyat hari ini.

Cukai tersebut sebelum ini hanya dikenakan ke atas minuman bergula.

Beliau memberitahu penyakit diabetis sangat tinggi jadi tiada sebab untuk harganya kekal rendah.

Anwar juga memberitahu, sektor kesihatan akan menerima peruntukan sebanyak RM40 bilion dalam tempoh RMK13 dalam usaha kerajaan melaksanakan reformasi sektor kesihatan.

“Ini termasuk bagi mengurangkan perbelanjaan rakyat atau out of pocket expenses untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan,’’ katanya.

Reformasi kesihatan, katanya adalah ikhtiar penting kerajaan untuk memastikan pembiayaan kesihatan yang mampan serta akses penjagaan kesihatan lebih meluas dan terangkum.

Selain itu, beliau berkata dalam tempoh itu, lebih banyak projek pembinaan serta menaik taraf hospital dan klinik kerajaan, termasuk yang daif akan dilaksanakan.

Antaranya Hospital Tuanku Ja’afar 2, Seremban, Negeri Sembilan; Hospital Sultanah Aminah 2, Johor Bahru, Johor; Pusat Kanser Wilayah Utara, Sungai Petani, Kedah; Pusat Jantung Sabah di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, Sabah; dan Pusat Kanser Sarawak.

“Rangka kerja pembangunan profesional sektor kesihatan peringkat kebangsaan akan dibangunkan untuk menangani isu keperluan sumber manusia,’’ katanya. – 31 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

◉ Related