HEADLINES

Pembaharuan berani perlu untuk jamin masa depan penjagaan kesihatan Malaysia: Dzulkefly

Menteri Kesihatan berkata negara berada di persimpangan kritikal yang bergelut dengan beban berganda penyakit tidak berjangkit dan berjangkit, fasiliti terlalu sesak dan kekurangan kakitangan

8:22 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia mesti melakukan pembaharuan kewangan penjagaan kesihatan yang berani dan transformasi digital bagi menjamin masa depan sistem penjagaan kesihatannya dalam berdepan peningkatan permintaan, kenaikan kos dan kekangan fiskal, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Dzulkefly menekankan bahawa sistem penjagaan kesihatan Malaysia yang dibiayai cukai telah sekian lama berjasa kepada negara namun negara kini berada di persimpangan kritikal yang bergelut dengan beban berganda penyakit tidak berjangkit dan berjangkit, fasiliti terlalu sesak dan kekurangan kakitangan. 

“Memandangkan situasi iaitu kita berdepan berdepan dengan suatu ruang fiskal, kita pada dasarnya berada dalam kerumitan kerana kita telah sedekad, jika tidak lebih, kurang berbelanja dalam kesihatan. Itulah dikatakan oleh Perbendaharaan.

“Persoalan yang dihadapi kita bukan semata-mata bagaimana untuk memelihara sistem ini, tetapi bagaimana untuk mengubahnya dan menjamin masa depannya. Itulah cabarannya,” katanya semasa berucap sebagai ahli panel pada Forum Ilmuwan Malaysia Madani Siri 7 di M Resort & Hotel di sini malam ini.

Bertemakan “Ke Arah Sistem Penjagaan Kesihatan Mampan untuk Semua”, forum yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof itu turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Dzulkefly berkata di bawah visi Malaysia Madani, Kementerian Kesihatan mengutamakan dua tonggak pembaharuan teras pembiayaan penjagaan kesihatan dan pendigitalan di samping inisiatif untuk menangani kekurangan modal insan.

“Dan di bawah visi Malaysia Madani, kita diseru bukan sahaja untuk mengurus dan mentadbir, tetapi juga untuk memanusiakan tadbir urus, untuk meletakkan belas kasihan, keterangkuman dan maruah di tengah-tengah setiap dasar dan program. Itu adalah cabaran yang lebih besar.

“Tiada (bidang) yang lebih kritikal daripada penjagaan kesihatan. Kesihatan bukan sahaja perlu dilihat sebagai satu keistimewaan, tetapi diiktiraf sebagai hak asasi manusia yang asas kepada masyarakat Madani yang adil, produktif dan makmur,” katanya.

Dzulkefly berkata meskipun mudah untuk mencadangkan tambahan satu peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), peningkatan sedemikian akan memberi kesan ketara kepada peruntukan kementerian lain dan oleh itu tidak dapat dilaksanakan dalam keadaan semasa.

“Memandangkan situasi itu, saya perlu bijak. Bagaimana saya mengekalkan pakar? Bagaimana saya melabur lebih banyak dalam kemudahan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan awam dan yang paling penting, dalam Modal Insan kita.

“Jadi, di situlah peranan saya. Kami, melalui HTO (Pejabat Transformasi Kesihatan), kami datang untuk mengambil tahu, menjelaskan dan bercakap mengenai proses mempelbagaikan pendapatan,” katanya. – 1 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related